Hi, how can we help?

ShopeePay Merchant

ShopeeFood Merchant

Deals

[Peniaga ShopeeFood] Kenapa saya tidak boleh mengakses aplikasi Peniaga ShopeeFood?

Bahasa Malaysia | English

Kami benar-benar memohon maaf diatas kesulitan yang anda alami. Anda boleh merujuk kepada langkah-langkah penyelesaian masalah berikut jika anda menghadapi sebarang kesukaran teknikal untuk mengakses aplikasi Peniaga ShopeeFood. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh melaksanakan langkah-langkah penyelesaian masalah ini secara berasingan.

  1. Pastikan sambungan internet anda stabil.

  2. Pergi ke Tetapan > Cari Aplikasi > Aplikasi Shopee Partner > Hentikan Secara Paksa.

  3. Tutup semua aplikasi yang sedang berjalan.

  4. Mulakan semula peranti yang anda gunakan.

  5. Mulakan semula aplikasi dengan keluar dan masuk semula ke dalam aplikasi Shopee Partner.

Nota: Sila pastikan juga bahawa anda telah mengemas kini aplikasi Shopee Partner ke versi terkini pada peranti Android / iOS / EDC anda.

Jika anda telah mengikuti langkah-langkah ini dan masih tidak dapat log masuk ke aplikasi Peniaga ShopeeFood, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan ShopeeFood kami melalui ‘chat’ dengan menyediakan maklumat berikut:

  • Alamat e-mel yang dipautkan ke akaun anda

  • Nombor telefon berdaftar/ Nombor telefon premis/ Nombor telefon PIC premis/ Nombor telefon pemilik premis

  • Tangkap layar halaman log masuk aplikasi peniaga

  • Maklumat peranti: Versi Android/ iOS

Was this article helpful?
Yes
No