Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Mengapa saya tidak dapat mengakses Aplikasi ShopeeFood Merchant?

Bahasa Malaysia | English
 
Kami memohon maaf atas kesulitan yang anda alami. Anda boleh merujuk langkah-langkah penyelesaian masalah berikut sekiranya anda menghadapi sebarang kesukaran teknikal dalam mengakses aplikasi ShopeeFood Merchant. Anda boleh melaksanakan langkah-langkah ini secara berasingan:

Langkah Penyelesaian Masalah:
 
  1. Pastikan sambungan internet anda stabil.
  2. Pergi ke Tetapan > Cari Aplikasi > Aplikasi Shopee Partner > Henti Paksa.
  3. Tutup semua aplikasi yang sedang berjalan.
  4. Mulakan semula peranti yang sedang digunakan.
  5. Mulakan semula aplikasi dengan keluar dan masuk semula ke dalam Aplikasi Shopee Partner.
 
Nota: Sila pastikan anda telah mengemas kini kepada versi terkini Aplikasi Shopee Partner pada peranti Android, iOS, atau EDC anda.

Jika anda telah mengikuti langkah-langkah ini dan masih tidak dapat log masuk ke dalam aplikasi ShopeeFood Merchant, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan ShopeeFood kami melalui chat dengan menyediakan maklumat berikut:
 
  1. Alamat emel yang dikaitkan dengan akaun anda
  2. Nombor telefon yang didaftarkan / Nombor telefon outlet / Nombor telefon PIC outlet / Nombor telefon pemilik outlet
  3. Tangkapan skrin halaman log masuk aplikasi merchant
  4. Maklumat peranti: Versi Android/iOS
 
Pasukan kami akan membantu anda secepat mungkin.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied