1. Apakah itu SPayLater?
SPayLater ialah perkhidmatan "Beli Sekarang, Bayar Kemudian" (BNPL) yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd. ("Monee"), rakan penyedia perkhidmatan kewangan Shopee. Dengan SPayLater, pengguna boleh membeli barangan dan perkhidmatan dengan pilihan untuk menangguhkan bayaran penuh ke bulan hadapan (pilihan bayaran 1 bulan) atau membuat bayaran secara ansuran selama 3 hingga 24 bulan. SPayLater menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah, membolehkan pengguna menikmati fleksibiliti bayaran melalui platform digital yang mesra pengguna.
2. Bagaimanakah SPayLater memberi manfaat kepada perniagaan saya?
SPayLater membolehkan pelanggan membiayai pembelian yang lebih besar dan mampu mendapatkan lebih banyak produk serta perkhidmatan dengan merancang bayaran mereka. Peniaga yang menawarkan SPayLater juga mengalami kadar pengekalan pelanggan yang lebih tinggi, menarik pelanggan baharu dan ulangan. Melalui SPayLater, peniaga didedahkan kepada khalayak yang lebih luas yang kerap dan bertanggungjawab menggunakan perkhidmatan ini.
Melalui platform pemasaran khas SPayLater dan pendedahan di seluruh aplikasi Shopee, peniaga yang diaktifkan SPayLater akan mendapat lebih banyak keterlihatan. Dengan memanfaatkan asas pengguna SPayLater yang sihat, peniaga boleh ditampilkan dan didedahkan kepada jutaan pembeli baharu yang berpotensi.
3. Adakah SPayLater tersedia untuk semua peniaga?
Tidak, SPayLater hanya tersedia untuk peniaga terpilih sahaja. Kelayakan peniaga adalah tertakluk kepada kriteria penilaian dan penilaian risiko oleh pihak Monee.
4. Bilakah saya akan menerima bayaran untuk transaksi SPayLater?
Peniaga akan menerima bayaran jualan sepenuhnya (selepas ditolak MDR atau yuran transaksi) tanpa mengira tempoh ansuran yang dipilih oleh pembeli.
5. Siapakah yang menanggung risiko kredit atau kegagalan bayaran?
Monee akan menanggung risiko kredit atau kegagalan bayaran oleh pembeli. Peniaga akan menerima bayaran penuh untuk barangan atau perkhidmatan yang dijual tanpa mengira sama ada pembeli melengkapkan ansuran mereka atau tidak.
6. Adakah saya perlu menyediakan sesuatu yang khusus untuk menerima SPayLater?
Tiada perkakasan tambahan diperlukan. Namun, anda mesti diaktifkan melalui:- Platform Shopee, atau
- ShopeePay (untuk terminal / peniaga dalam talian melalui TPA – Pemungut Pihak Ketiga)
7. Adakah terdapat MDR atau caj tambahan untuk transaksi SPayLater?
Tiada caj tambahan dikenakan ke atas MDR. Caj MDR adalah sama seperti MDR ShopeePay.
8. Adakah terdapat yuran tersembunyi untuk peniaga?
Tiada. Semua yuran yang dikenakan kepada peniaga dinyatakan secara telus semasa proses onboarding atau penandatanganan kontrak.
9. Bagaimanakah pelanggan menggunakan SPayLater di kedai atau laman web saya?
Pelanggan boleh menggunakan SPayLater di kedai atau laman web anda dengan mengimbas DuitNow QR atau ShopeePay QR untuk membuat pembayaran menggunakan SPayLater.Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pembayaran luar talian, sila lawati pautan ini.10. Bolehkah pelanggan menggunakan SPayLater untuk sebarang jumlah? Tidak, terdapat keperluan perbelanjaan minimum untuk transaksi SPayLater seperti berikut:- RM1 untuk ansuran 1, 3, 6, 12 bulan
- RM100 untuk ansuran 18 dan 24 bulan (hanya untuk pengguna terpilih)
Sementara itu, jumlah maksimum untuk SPayLater bergantung kepada had SPayLater yang tersedia kepada pelanggan.SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.