Hi, how can we help?

[BM] Proses Pemadaman Akaun Shopee Affiliate

BM | EN

 

Dalam usaha kami untuk menggalakkan ketelusan, Shopee ingin mengumumkan siri kemaskini terkini berkaitan dengan proses pemadaman akaun. Berkuat kuasa mulai 28 Mac 2024, sila ambil maklum bahawa apabila akaun Shopee anda berjaya dipadamkan, anda tidak lagi akan dapat mengakses akaun afiliasi anda dan sebarang pesanan/ komisen afiliasi yang masih belum diterima dalam akaun anda akan dibatalkan.

 

Langkah-langkah untuk Pemadaman Akaun yang Berjaya:
 
SeaTalk_IMG_20240327_143541.png
  1. Membuat Permohonan Pemadaman Akaun

    1. Pada aplikasi Shopee, klik pada tab 'Saya'

    2. Pergi ke ikon 'Tetapan Akaun' yang terletak di kanan atas bersebelahan dengan ikon troli 

    3. Klik pada Permohonan Pemadaman Akaun dan klik 'OK'

 
ST.png
2. Akui Terma & Syarat

Semak dengan teliti beberapa nota penting kami dan akui terma dan syarat yang diberikan

 

SeaTalk_IMG_20240327_143550.png

3. Pengesahan Kod Laluan

Kod laluan satu kali akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda untuk disahkan dan dimasukkan.

SeaTalk_IMG_20240327_143553.png

4. Nyatakan sebab untuk penghapusan

Pilih sebab untuk memadamkan akaun anda dengan alamat emel anda dan bersetuju dengan terma dan syarat.

SeaTalk_IMG_20240327_1435531.png

5. Hantar Permohonan anda

Setelah dihantar, Shopee akan memproses permintaan anda. 

 

 

Pemadaman Akaun Affiliate

Apabila pemadaman akaun Shopee anda berjaya dilakukan, akaun affiliate yang dipautkan akan dihapuskan serentak secara automatik. Ini bermakna anda tidak lagi akan mempunyai akses ke papan pemuka Shopee Affiliate.

 

Pengiraan Komisen dan Proses Pembayaran

Setelah pemadaman akaun Shopee anda berjaya, semua pengiraan komisen untuk mana-mana komisen yang dianggarkan akan dihentikan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai pesanan yang telah disahkan, proses pembayaran komisen anda tidak akan terjejas. Ini adalah untuk memastikan bahawa komisen yang anda usahakan akan terus diproses dengan lancar, sebagai pengiktirafan kewangan di atas usaha anda.

 

Kepuasan dan pemahaman anda adalah penting bagi kami untuk sentiasa berusaha meningkatkan pengalaman anda di Shopee.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied