Hi, how can we help?

[BM] Bagaimana untuk Merayu Akaun Afiliasi Shopee Anda?

BM | EN
 
Jika anda telah menerima bendera pop-up amaran berikut di portal rakan kongsi anda, jangan bimbang, ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk membuat rayuan!
Untitled (1).png
Anda boleh membuat rayuan untuk mengaktifkan semula akaun anda dengan mengemukakan butiran anda melalui Shopee Affiliates Social Media Violation of T&C Appeal Form.
 
Sila ambil perhatian bahawa larangan akaun Shopee dan pembatalan bonus akan dilaksanakan setelah pemberitahuan awal telah dihantar. Jika rayuan tidak dimulakan dalam tempoh 5 hari perniagaan, borang rayuan akan ditolak.
 
Langkah 1: Memahami Situasi

Bendera amaran pop-up sepatutnya menyediakan maklumat berikut:

  • Sebab larangan akaun
  • Bilakah akaun anda akan dilarang
  • Anda juga akan menerima emel bertajuk "[Program Shopee Afiliasi] Violations of Terms & Conditions" dengan maklumat lebih lanjut, termasuk kiriman yang melanggar yang perlu diperbetulkan jika berkenaan.
 
Langkah 2: Buat Pembetulan dan Kumpulkan Bukti Sokongan

 

#

Sebab Pelanggaran

Bukti Sokongan

1

Plagiat

Jika tidak plagiat: Berikan bukti video atau gambaran asal kiriman, termasuk maklumat berikut: 

· Media sosial anda

· Tarikh kiriman

· Seluruh kandungan kiriman 

Jika plagiat: penarikan kiriman yang dilaporkan.

2

Kandungan Terlarang; termasuk tetapi tidak terhad kepada:

·

Aktiviti haram

 

·

Perjudian

 

·

Bahan lucah

 

·

Kandungan yang tidak sesuai

 

Penarikan kiriman yang dilaporkan. 

3

 Kandungan Spam; termasuk tetapi tidak terhad kepada:

· Promosi palsu

· Berita Hiburan

· Ulasan Clickbait

· Kiriman ganda 

4

Iklan Terlarang; termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

· Iklan melalui e-mel

· Iklan meniru Shopee Rasmi

· Iklan Clickbait

· Penggunaan Kata Kunci SEM Jenama/Shopee

· Iklan Berbayar di Media Sosial

 

Hentikan mana-mana iklan yang terlarang yang sedang berjalan.

Beri bukti video atau gambaran pemutusan, termasuk maklumat berikut:

·

Media sosial anda

 

·

Tarikh pemutusan

 

·

Pengesahan pemutusan

 

 

5

Pengalihan Trafik

Penarikan pautan afiliasi anda dari kiriman yang dilaporkan. 

6

Pautan-pautan yang melakukan spam 

Penarikan pautan afiliasi anda dari saluran yang dilaporkan. 

7

Penyediaan media sosial yang tidak dapat disahkan untuk pendaftaran

 

Kemaskini dan sahkan media sosial yang diberikan untuk pendaftaran.
Jika media sosial yang diberikan untuk pendaftaran adalah milik bersama afiliasi lain, sila berikan bukti video atau gambaran pemilikan termasuk maklumat berikut:

· Halaman pentadbir yang menunjukkan media sosial yang dimiliki bersama

 

8

Media Sosial yang Didaftar Tidak Mewakili Jumlah Trafik 

 

Beri bukti video atau gambaran dari sumber trafik lain selain daripada media sosial yang didaftarkan, termasuk maklumat berikut:

· Saluran (contohnya DM, kumpulan sembang, forum, kumpulan komuniti, dan lain-lain) atau sumber iklan

· Kiriman atau iklan anda dengan media sosial

· Tarikh kiriman

 

Membekalkan bukti yang relevan untuk rayuan anda akan membantu kami membuat keputusan yang lebih berasaskan, dan memendekkan masa yang diperlukan untuk rayuan.

 

Langkah 3: Pasukan Shopee Menilai Rayuan Anda

Selepas membuat pembetulan di atas, sila serahkan bukti yang relevan melalui aliran emel pelanggaran yang sama untuk memulakan proses rayuan anda, dan kami akan menilai rayuan anda dalam masa 5 hari perniagaan.

Sila ambil perhatian bahawa afiliasi yang gagal memulakan rayuan atau membuat rayuan yang berjaya dalam tarikh larangan yang dijadualkan akan mengakibatkan akaun beliau dibatalkan secara kekal.

[Shopee Live]

Bagaimana untuk Merayu untuk Akaun Afiliasi Shopee Anda?

 

Ketidakpatuhan terhadap Garis Panduan Komuniti Shopee Live boleh menyebabkan hukuman, termasuk penangguhan sementara atau pemutusan hak Livestream Shopee dan hak rakan kongsi Shopee anda. Perincian Garis Panduan Komuniti dan Penalti boleh didapati melalui Panduan Komuniti Shopee Live.

 

Jika anda ingin membuat rayuan untuk mengaktifkan semula akaun anda, hantar butiran anda dan bukti-bukti melalui  Shopee Affiliates Livestream Violation of T&C Appeal Form. 

 

Sila ambil perhatian bahawa Larangan Akaun Shopee dan Pembatalan Bonus akan dilaksanakan setelah pemberitahuan awal telah dihantar. Jika rayuan tidak dimulakan dalam tempoh 5 hari berkerja, borang rayuan tersebut akan ditolak.

 

 

 

 
Was this article helpful?
Yes
No