Hi, how can we help?

[BM] Cara Untuk Meletakkan Pautan Dan Mengesahkan Media Sosial Semasa Pendaftaran

BM | ENG

 

Apabila anda berdaftar untuk Program Afiliasi kami, anda diminta untuk memaut dan mengesahkan akaun media sosial anda. 


Langkah ini penting untuk sebab-sebab tertentu: 

  • Syarat sah untuk menyertai Program Afiliasi Shopee: semasa proses pengesahan pendaftaran, pihak kami akan membuat penilaian ke atas profil media sosial dan kandungan anda untuk memastikan selari dengan polisi komuniti dan kandungan kami. 

  • Mengelakkan penipuan: Proses pengesahan pemilik media sosial membantu untuk memastikan kandungan yang dihasilkan adalah benar dan aktiviti promosi adalah telus. Ia juga membantu kami untuk mengenal pasti sebarang penipuan oleh penggung yang berinteraksi dalam kandungan plagiat dan menggunakan akaun media sosial yang palsu.

  • Ketelusan Kandungan: Pihak kami akan melakukan proses pengesahan profil dan kandungan untuk memastikan bahan promosi selari dengan garis panduan komuniti afiliasi. Kami menggalakkan penghasil kandungan untuk mengekalkan imej yang mesra dan positif. 

  • Nikmati Lebih Banyak Ganjaran: Afiliasi Shopee menawarkan pelbagai kempen dan inisiatif berdasarkan faktor seperti bilangan pengikut, kewujudan media sosial dan kategori dari semasa ke semasa. Pengesahan media sosial anda akan melayakkan anda untuk ganjaran tambahan ini. 

 
PANDUAN LANGKAH
 
1.png
Langkah 1: Pilih media sosial pilihan anda dan tekan ikon tersebut contoh, Instagram
 
2.png
Langkah 2: Pautkan akaun media sosial pilihan anda dengan log masuk.
 
3.png 
Langkah 3: Pilih untuk “allow” untuk membenarkan.
 
4.png
Langkah 4: Sila tunggu sementara akaun media sosial anda membenarkan 
 
5.png
Langkah 5: Selepas mendapat kebenaran, proses pengesahan telah berjaya dan anda akan dibawa ke laman utama Shopee untuk meneruskan proses pendaftaran
 

Dengan meletakkan pautan dan mengesahkan akaun media sosial anda semasa pendaftaran, anda bukan sahaja mendapat akses kepada potensi promosi malah untuk memupuk komuniti afiliasi yang telus dan dipercayai. Ia adalah manfaat untuk kedua-dua belah pihak iaitu anda dan Program Afiliasi Shopee

 
 
 
Was this article helpful?
Yes
No