Hi, how can we help?

[BM] Perkongsian Kod Afiliasi

BM | EN

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Pautan Saya Dilarang dari Mana-Mana Platform Media Sosial? 

Kami mempunyai kemaskini kaedah baru untuk anda berkongsi produk dari Shopee dan memperoleh komisen! Jika platform di mana anda membuat siaran melarang URL luaran dalam konten yang anda hasilkan, cuba gunakan kaedah ini sebagai gantinya!

Memandangkan ini adalah cara baru untuk mencari produk di Shopee, kami mengesyorkan membuat arahan untuk membimbing pengikut anda menggunakan kod tersebut.

Anda boleh memuat turun video DI SINI dan kongsikannya dengan pengikut anda.

Sila rujuk artikel di bawah untuk cara mendapatkan kod produk unik anda

Langkah 1: Cari produk yang anda ingin promosikan, klik pada butang kongsi, dan salin kod unik seperti yang ditunjukkan di bawah

 

How to generate a code.gif

 

Langkah 2: Gunakan kod tersebut untuk konten yang anda cipta di platform media sosial / video. Anda boleh memasukkan kod itu ke dalam kandungan anda (teks/video) sebagai kapsyen, sarikata atau meninggalkannya di bahagian komen, menjadikannya mudah diakses oleh pengikut anda.

 

How to create content using the code.gif

 

Langkah 3: Untuk mencari produk yang anda promosikan, pengguna boleh menyalin atau menaip kod tersebut ke dalam bar carian di aplikasi atau laman web Shopee.

 

Mereka mesti menyertakan tanda "-". Huruf besar dan kecil kedua-duanya berfungsi, contohnya, "BDT-ERT-MSD" atau "bdt-ert-msd". Mereka akan diarahkan ke halaman produk tersebut, dan pesanan akan dikaitkan dengan anda

 

[for buyer] how to use the code to search for product.gif

 

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh terus berkongsi produk dan memperoleh komisen walaupun pautan luaran dilarang di sesetengah platform. Kaedah ini memastikan usaha anda tetap diberi ganjaran dan pengikut anda boleh dengan mudah mencari dan membeli produk yang anda cadangkan.

Was this article helpful?
Yes
No