Hi, how can we help?

[BM] Cara Mencipta Set Produk di Shopee Live

Merancang paparan produk anda terlebih dahulu untuk memastikan penyampaian yang lancar dan profesional adalah sangat penting. Ia dapat menjimatkan masa dan usaha anda dalam memberi tumpuan kepada penyampaian konten berkualiti di Shopee Live. 

Untuk menambahbaik pengalaman pengguna dan kemudahan bagi semua pengguna di Shopee Live, anda kini boleh memilih produk yang ingin dipromosikan semasa sesi strim langsung dan membuat Set Produk terlebih dahulu sebelum strim langsung bermula.

Berikut adalah cara untuk memanfaatkan fungsi ini bagi memudahkan persediaan strim langsung anda:

Mengapa Membuat Set Produk?

Persediaan Efisien: Mencipta set produk dapat menjimatkan masa dan usaha apabila anda memulakan sesi strim langsung, membolehkan anda memberi tumpuan yang lebih kepada cadangan mempromosikan produk dan konten berkualiti.

Penyuntingan Fleksibel: Anda boleh mengubah set produk anda pada bila-bila masa sebelum strim langsung, memberi anda fleksibiliti untuk menyesuaikan dengan perubahan trend atau stok barangan dari penjual.

Cara Membuat Set Produk?

 
SeaTalk_GIF_20240629_174645.gif
 
1.png
 

Langkah 1: Akses Halaman Siaran Langsung

Log masuk ke akaun Afiliasi anda & navigasi ke halaman Siaran Langsung dari halaman “Saya
2.png

Langkah 2: Cipta Strim Langsung Baru

Klik butang "Cipta Strim"
3.png
 
Langkah 3: Klik pada “Tambah Produk Berkaitan”
 
4.png
 
Langkah 4: Klik pada ikon Fail yang terletak di sudut kanan atas
 
5.png
Langkah 5: Klik pada butang “Tambah Produk” untuk mula menambah item yang anda ingin sertakan dalam set produk anda
 
6.png
 
Langkah 6: Pilih item yang ingin anda tambah dari tab "Like Saya"
 
7.png

Langkah 7: Klik “Tambah” untuk memasukkan produk yang dipilih

Nota: Jumlah produk yang boleh ditambah adalah terhad kepada 100 produk sahaja untuk setiap set produk
 
8.png
Langkah 8: Isikan nama set produk yang telah dicipta
 
9.png
Langkah 9: Set produk yang telah dicipta akan disenarai
 
10.png
 

Langkah 10: Mulakan sesi strim langsung anda dan pilih set produk yang anda ingin promosi dalam strim langsung anda

Dengan memanfaatkan fungsi set produk di Shopee Live, anda boleh memastikan pengalaman strim langsung yang lebih efisyen dan teratur untuk penonton anda. 

Selamat mencuba!

Was this article helpful?
Yes
No