1) Log masuk ke Papan Pemuka Affiliate atau klik DI SINI untuk diarahkan ke halaman pembayaran.
2) Masukkan Maklumat Pembayaran anda.
**Jika anda seorang individu (bukan syarikat), anda hanya perlu mengisi maklumat pembayaran. Penyerahan cukai hanya terpakai kepada jenis akaun Afiliate: Individu luar negara, Syarikat dan Syarikat luar negara sahaja.
3) Penyerahan anda akan disemak dan diluluskan oleh Pihak Kewangan kami dalam tempoh 1-3 minggu.
VERSI WEB
1) Halaman 'Maklumat Pembayaran & Cukai' boleh dimasuki melalui menu kanan atas dengan mengklik 'Payment Setting'
2) Halaman ini akan termasuk maklumat perbankan Affiliate
a) Klik pada 'Settings Records' untuk melihat sejarah penyuntingan.
b) Klik pada ‘Edit’ untuk menghantar atau mengemaskini maklumat pembayaran. Semua penyuntingan dan penghantaran adalah tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan kewangan.
3) Definisi status Tetapan Pembayaran
a) “Pending Review” - Maklumat pembayaran telah dikemukakan, menunggu pihak kewangan semak dan mengesahkan (meluluskan/menolak)
b) “Approved” - Maklumat pembayaran telah diluluskan dan akan digunakan untuk pemprosesan pembayaran.
c) “Rejected” - Maklumat pembayaran telah ditolak dan memerlukan penyerahan semula.
*Alasan penolakan akan dipaparkan untuk rujukan.
1) Klik pada ‘Apply to Edit’ untuk memasukkan maklumat perbankan anda.
a) Local Individual: Individu Warganegara Malaysia Bukan Syarikat
b) Local Enterprise: Syarikat yang berdaftar di Malaysia (dengan borang pendaftaran syarikat dan akaun bank syarikat)
c) Overseas Enterprise: Syarikat yang berdaftar di luar Malaysia.
*Bagi syarikat luar negara, maklumat cukai perlu dikemukakan.
INDIVIDU TEMPATAN
1) Kemukakan maklumat seperti yang perlu dipaparkan pada invois pembayaran.
a) Beneficiary Full Name: Nama Penuh seperti di dalam kad pengenalan (NRIC)
b) Beneficiary Address: Alamat kediaman semasa
c) Bank Name: Nama Bank (contoh: Maybank, CIMB dan sebagainya)
d) Bank Account Name: Nama Pemegang akaun (Nama seperti di dalam kad pengenalan/Nama pada penyata Bank)
e) Bank Account Number: Nombor akaun seperti yang dipaparkan pada penyata Bank.
f) National Identity Card: 12 digit nombor kad pengenalan
2) Klik pada ‘View Template’ untuk contoh Header Penyata Bank dan Kad Pengenalan Nasional (NRIC).
3) Selepas memasukkan butiran perbankan anda, sila klik kotak semak di bahagian bawah untuk meneruskan ke ‘Submit’
SYARIKAT TEMPATAN
1) Kemukakan maklumat seperti yang perlu dipaparkan pada invois pembayaran
a) Bank Name: Nama Bank (contoh: Maybank, CIMB dan sebagainya)
b) Bank Account Name: Nama akaun bank yang didaftarkan dengan nama syarikat (nama seperti dalam borang pendaftaran syarikat)
c) Bank Account Number: Nombor akaun mengikut bank header syarikat
d) Business Registration Certificate: Nombor pendaftaran syarikat
2) Klik pada ‘View Template’ untuk contoh Header Penyata Bank dan Kad Pengenalan Nasional (NRIC).
3) Terpakai untuk syarikat yang layak untuk SST
a) Jika syarikat anda layak untuk SST, sila pilih 'Yes'.
b) Berikan nombor pendaftaran SST anda dan muat naik borang pendaftaran SST anda.
c) Klik pada ‘View Template’ untuk contoh borang pendaftaran SST.
4) Selepas memasukkan butiran perbankan anda, sila klik kotak semak di bahagian bawah untuk meneruskan ke ‘Submit’
SYARIKAT LUAR NEGARA
1) Kemukakan maklumat seperti yang perlu dipaparkan pada invois pembayaran.
a) Company Name: Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
b) Company Address: Alamat kediaman semasa
c) Bank Name: Nama Bank (contoh: Maybank, CIMB dan sebagainya)
Nama Bank (contoh: Maybank, CIMB dan sebagainya)
**Digalakkan untuk memilih Bank yang disenaraikan sebagai pilihan. Memilih Bank yang tidak disenaraikan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
d) Bank Identifier Code: Swift Code/Sort Code/Nombor BSB
**Rujuk penyata bank atau hubungi cawangan tempatan anda untuk maklumat lanjut.
e) IBAN/National Clearing Codes: Rujuk ikon (i) untuk senarai negara destinasi dan kod penyelesaian kebangsaan"
f) Bank Account Name: Nama Pemegang Akaun (Nama seperti pada Kad Pengenalan/Bank Header)
g) Bank Account Number: Nombor akaun mengikut bank header
*Untuk syarikat luar negara, maklumat cukai perlu dihantar.
2) Syarikat luar negara perlu mengemukakan maklumat cukai mereka
a) Dokumen Kelayakan SST
Jika 'Yes' - Kemukakan nombor pendaftaran SST dan dokumen
b) Masukkan nombor sijil pendaftaran perniagaan anda dan muat naik salinan sijil pendaftaran perniagaan anda
3) Lokasi di mana perkhidmatan dilaksanakan:
a) Services performed outside of Malaysia: WHT tidak terpakai
b) Services performed in Malaysia: Jika anda menjalankan perkhidmatan di dalam Malaysia, yuran komisen akan dikenakan WHT di Malaysia.
i) Nyatakan Negara/Wilayah tempat kediaman semasa
ii) Sijil Tempat Kediaman Semasa
4) Selepas memasukkan butiran perbankan anda, sila klik kotak semak di bahagian bawah untuk meneruskan ke ‘Submit’