Hi, how can we help?

[BM] Shopee Live Kelas Emas

BM | ENG

 

Hai Para Shopee Affiliate!

Matlamat kami adalah untuk menyokong perkembangan strim berprestasi tinggi dan meningkatkan pengalaman penonton di Shopee Live. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada penstrim yang luar biasa, kami melancarkan program Penstrim Kelas Emas!

Penstrim Kelas Emas (Gold Class Program)

Memperkenalkan program penstrim kelas emas di mana penstrim berkualiti tertinggi akan diberikan pengesahan tanda emas, pembayaran yang lebih tinggi bersama peningkatan dalam tontonan penstriman langsung. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel kami [pautan ke pusat bantuan] untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program baru yang menarik ini!

 

Berikut adalah beberapa faedah yang boleh dinikmati oleh Penstrim Kelas Emas:

 

  1. Pengesahan Tanda Emas SeaTalk_IMG_20240726_114749.png: Lencana Tanda Emas yang berprestij akan dipaparkan di sebelah nama pengguna anda semasa anda melakukan penstriman langsung. Ini menunjukkan status anda yang disahkan sebagai penstrim berkualiti tinggi.

  2. Kenaikan Komisen Shopee Live: Sebagai penstrim Kelas Emas, anda akan menikmati kadar komisen yang lebih tinggi untuk sesi Shopee Live anda. Ini bermaksud lebih tinggi pendapatan sebagai tanda terima kasih kami atas kerja keras dan kandungan anda yang berkualiti!
    Untuk maklumat lebih lanjut tentang komisen yang dinaikkan, sila layari pautan di bawah (https://shopee.com.my/m/Commissions-XTRA)

  3. Akses kepada Baucar Kelas Emas: Penstrim Kelas Emas kami mempunyai akses kepada jenis baucar baharu yang hanya boleh digunakan pada beg oren Kelas Emas!

  4. Kenaikan Bonus untuk Program Shopee Live yang Layak: Penstrim Kelas Emas akan menerima bonus tambahan untuk program Shopee Live yang layak serta memperoleh ganjaran tambahan dalam pendapatan anda.

  5. Kedudukan Eksklusif: Nikmati kedudukan eksklusif dengan ciri peningkatan penstriman kami (boosting tool), pengumuman di laman web Shopee Live serta peluang menarik lain seperti kolaborasi bersama jenama ternama.

Ini adalah beberapa perkara yang kami sediakan buat masa ini. Pastikan anda terus mengikuti untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah & program masa depan yang tersedia secara eksklusif untuk komuniti Kelas Emas kami!

Garis Panduan Kualiti Strim Langsung Baharu dan Aliran Proses

 
Untuk membantu kami mengenal pasti komuniti Kelas Emas kami, kami akan melaksanakan proses penilaian kualiti penstriman untuk membantu penstrim terus berkembang di platform kami melalui tip dan garis panduan yang berguna daripada pengurus akaun kami. Penilaian ini akan berdasarkan kriteria berikut:

 

(a) Kualiti Gambar/Audio: Ini merujuk kepada audio & video strim langsung. Penjelasan yang terang dan kestabilan strim langsung ialah titik fokus utama yang mempengaruhi pengalaman penonton.

 

Kualiti Gambar/Audio

Titik

Pemeriksaan

Penerangan

Bagus

Keadaan Pencahayaan

Keadaan pencahayaan yang baik untuk memastikan strim langsung yang jelas


Elakkan pencahayaan/ruang yang terlalu gelap atau terlalu terdedah yang boleh mengakibatkan kualiti imej yang kurang baik

echo-google-chrome-2024-06-27-10-47-44_8PvW6Ery.gif

Kestabilan Kamera

Sudut kamera yang stabil dan pergerakan kamera yang lancar

echo-google-chrome-2024-06-26-16-20-38_1zRSSZXU.gif

Audio 

Audio yang jelas dan konsisten tanpa gangguan, bunyi latar belakang atau bergema


Hos dengan mikrofon selalunya mempunyai kualiti strim yang terbaik



echo-google-chrome-2024-06-27-09-59-36_nCUqv8kl.gif

 

(b) Penampilan Penstrim: Fokus utama adalah penggunaan bahasa & tingkah laku penstrim bagi memastikan komuniti penstriman yang selamat & inklusif.

 

Penampilan Penstrim

Titik

Pemeriksaan

Penerangan

Bagus

Pembentangan &
Penampilan

Pemilihan baju yang baik


Elak daripada berkelakuan yang tidak profesional 

echo-google-chrome-2024-06-26-18-32-18_sxONdFpq.gif

Penggunaan Bahasa & Tingkah Laku

Tiidak menggunakan perkataan kesat atau menyinggung perasaan, cemuhan atau komen yang tidak sesuai

echo-google-chrome-2024-06-27-10-10-25_CrnLFSwa.gif
 

(c) Penglibatan produk: Fokus utama kepadapenglibatan penstrim dengan produk yang mereka promosikan. Promosi yang berkesan membawa kepada pengalaman menonton yang lebih baik.

 

Penglibatan produk

Titik

Pemeriksaan

Penerangan

Bagus

Kebolehlihatan Sampel

Paparkan sampel dengan teratur semasa strim langsung. 


Sentiasa pastikan sampel diletakkan pada sudut yang senang dilihat



echo-google-chrome-2024-06-27-15-43-53_lVTfjVIL (1).gif

Interaksi Sampel

Digalakkan lebih banyak interaksi dengan sampel. 


Kendalikan sampel dengan betul seperti menunjukkan kegunaan dan tekstur produk

echo-google-chrome-2024-06-26-16-25-16_KdNnhjVL.gif
 

(d) Penglibatan Penstrim: Fokus utama kepada keupayaan keseluruhan penstrim untuk menpamerkan faktor-faktor dalam penampilan penstrim daripada sudut kamera, kemahiran strim langsung dan penglibatan penonton.

 

Penglibatan Penstrim

Titik

Pemeriksaan

Penerangan

Bagus

Penampilan Penstrim

Sentiasa berada di hadapan skrin ketika strim langsung

echo-google-chrome-2024-06-27-10-10-25_CrnLFSwa.gif

Kemahiran Persembahan

Sentiasa mempamerkan produk dengan cara yang menarik dan interaktif




echo-google-chrome-2024-06-26-16-11-29_0xVKEChK.gif

Penglibatan Penonton



Mengekalkan responsif yang tinggi terhadap soalan, menangani kebimbangan, dan memberikan maklumat atau penjelasan tambahan apabila diperlukan




echo-google-chrome-2024-06-26-16-15-41_egDxBqIo.gif
 

Untuk memastikan kualiti strim langsung yang konsisten, semua penstrim yang diurus kami akan menjalani pemeriksaan kualiti harian (QC). Semakan ini akan membantu kami mengenalpasti sebarang penambahbaikan dan memberikan maklum balas kepada strim langsung kami.

Pelanggaran Garis Panduan Kualiti

Kami amat teruja untuk memperkenalkan kelebihan program ini walaubagaimanapun sila ambil perhatian tentang pematuhan kepada garis panduan kualiti kami amatlah penting. Dengan ini, kami ingin memastikan bahawa semua ahli affiliate dapat mengekalkan taraf kandungan yang tinggi dan memastikan pengalaman terbaik untuk pengguna kami. Berikut adalah antara tindakan yang akan dikenakan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran ketika penstriman langsung dan sekiranya anda dikategorikan sebagai kurang memuaskan. 

 

1. Pengurangan Komisen Shopee Live 

2. Kehilangan Baucar Penstriman Langsung

3. Penarikan Bonus untuk Program yang Layak 

4. Pendedahan Terhad dan Penurunan Strim

5. Kehilangan akses untuk 'Pop-up PDP'


Sekiranya tindakan di atas dikenakan kepada anda dan anda ingin membuat rayuan, sila hubungi kami melalui borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Klik di sini >> Borang Rayuan

 
Kadar Komisen Shopee Live

SL Scorecard_BM_Commission Rate.jpgDedikasi kami kepada Kualiti

Kami sangat teruja dengan pelancaran program Shopee Live Kelas Emas dan peluang yang dibawa untuk penstrim berdedikasi kami. Kami berharap dapat melihat kejayaan berterusan anda dan kandungan luar biasa yang akan anda berikan kepada pengguna kami.

Terima kasih kerana menjadi ahli komuniti afiliasi kami. Bersama-sama, kita akan mencapai kejayaan besar!

 

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied