BM | EN
Garis Panduan Komuniti Media Sosial Shopee Affiliates Terkini (berkuatkuasa 26 Mac 2025)
Untuk memastikan persekitaran yang positif dan kolaboratif, kami telah menetapkan garis panduan berikut untuk posting Media Sosial yang mengandungi pautan afiliasi. Sekatan akaun akan dikenakan ke atas Affiliates yang didapati melanggar peraturan di bawah.
Pelanggaran | Contoh |
Mencuri Konten Affiliate lain | · Mencuri konten yang dihasilkan oleh Affiliate lain dan memuat naik tanpa memberi kredit atau meminta kebenaran. |
Tingkah Laku Penipuan | · Mempromosikan/ membeli daripada pautan afiliasi sendiri. · Menggunakan pautan afiliasi sendiri untuk mempromosikan/membeli daripada keluarga dan rakan, rakan kongsi perniagaan, atau Shopee Affiliates. |
Konten Tidak Senonoh / Terlarang di Media Sosial | · Posting mengenai aktiviti haram, dadah, perjudian, senjata, ucapan kebencian, tembakau, keganasan, bahan lucah. · Posting tentang pengalaman buruk di Shopee. · Konten clickbait atau penipuan. · Konten tidak relevan/kontroversi. · Ketahui lebih lanjut mengenai konten terlarang di sini · Posting yang mempromosikan kategori kesihatan seksual termasuk produk mainan seks & produk penambah prestasi peribadi. |
Konten Terlarang berkaitan Shopee Live | · Konten yang berniat untuk bekerjasama dan berkomplot bagi tujuan mengenal pasti pautan dan produk yang akan dimasukkan dalam sesi Shopee Live mereka sebelum sesi livestream bermula, sama ada dilakukan dalam atau di luar aplikasi Shopee. |
Perkongsian Maklumat Peribadi & Sulit | · Berkongsi nombor telefon pekerja Shopee kepada orang lain. |
Tidak Memenuhi Permintaan Sampel Percuma | · Permintaan Sampel Percuma tidak dipenuhi oleh KOL selepas produk dihantar. |
Jika anda menemui sebarang pelanggaran yang dinyatakan di atas, sila laporkan kejadian tersebut kepada Shopee melalui borang ini.
Apa yang berlaku jika garis panduan posting Shopee Affiliates dilanggar?
Kegagalan mematuhi garis panduan ini boleh menyebabkan penalti, termasuk larangan sementara atau penamatan akaun Shopee Affiliate anda dan keistimewaan Shopee Affiliate.
Butiran penalti boleh didapati dalam jadual di bawah:
Jenis Penalti | Kriteria Pelanggaran (Posting Media Sosial) |
Amaran | 1 kesalahan dalam tempoh 3 bulan terakhir dari tarikh dilaporkan. |
Larangan Sementara (Akaun akan digantung selama 1 minggu)
| Lebih daripada 1 kesalahan dalam tempoh 3 bulan terakhir dari tarikh dilaporkan. |
Larangan Kekal (Akaun akan digantung selama 6 bulan)
| Lebih daripada 5 kesalahan dalam tempoh 1 bulan terakhir dari tarikh dilaporkan. |
Types of Penalty | Kriteria Pelanggaran (Konten Terlarang Berkaitan Shopee Live) |
Larangan 3-hari | Kesalahan Pertama |
Larangan 1-minggu | Kesalahan Kedua |
Larangan 6-bulan | Kesalahan Ketiga |
Nota:
Bagaimana untuk Membuat Rayuan bagi Akaun Shopee Affiliate Anda?
Anda boleh mengemukakan rayuan untuk mengaktifkan semula akaun anda dengan mengemukakan butiran anda melalui Borang Rayuan Pelanggaran T&C Shopee Affiliates.
Sila ambil maklum bahawa larangan akaun Shopee akan dilaksanakan setelah notis diberikan. Jika rayuan tidak dilaksanakan dalam tempoh 5 hari bekerja, borang rayuan akan ditolak.