Hi, how can we help?

[BM] Amalan Terbaik untuk Konten di Media Sosial

BM | EN

 

Sebagai seorang Affiliate, terdapat beberapa amalan terbaik yang boleh anda praktikkan untuk memaksimumkan kejayaan anda.  

 

Amalan-amalan terbaik di bawah dapat membantu anda meningkatkan jualan dengan membina penjenamaan anda sendiri serta menarik minat penonton anda melalui konten berkualiti tinggi.

 

Bahagian 1: Pendaftaran

 

AMALAN BAIK
✅ Daftar menggunakan akaun media sosial yang boleh disahkan
✅ Daftar menggunakan akaun media sosial yang mempunyai bilangan pengikut tertinggi

 

  • Pendaftaran menggunakan media sosial yang tepat akan membantu Shopee memproses permohonan anda dengan lebih cepat.
  • Selain itu, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dipilih oleh penjual Shopee bagi mempromosikan produk mereka.
 

Bahagian 2: Penciptaan Konten

 

AMALAN BAIK
✅ Hasilkan konten tersendiri dengan butiran promosi dan maklumat produk yang tepat
✅ Gunakan bahan kreatif yang disediakan oleh penjual untuk memastikan konten anda sepadan dengan pautan afiliasi 

 

DILARANG
❌ Terbitkan konten/iklan/promosi yang mengelirukan sebagai clickbait untuk menarik lebih banyak penonton dan pembelian.

 

  • Dengan menghasilkan konten yang relevan untuk penonton anda,  anda boleh membina kepercayaan dan meningkatkan kesedaran jenama peribadi dalam jangka panjang yang seterusnya meningkatkan penjualan.
  • Ikuti 5 langkah ini untuk mencipta konten berkualiti tinggi yang boleh meningkatkan penglibatan penonton anda:
  • Fahami Audiens Anda: Siapakah mereka, apakah masalah utama mereka, dan maklumat apa yang mereka perlukan?
  • Buat Rangka: Rangka poin utama yang anda ingin sentuh dalam konten ]untuk membantu anda kekal teratur dan pastikan anda meliputi semua poin penting.
  • Tulis dan Edit: Fokus pada mencipta ayat yang jelas dan ringkas yang mudah dibaca. Semak konten anda; pastikan ia bebas dari kesilapan dan mengalir dengan lancar.
  •  Tambah Visual: Menambah visual seperti gambar, infografik, dan video boleh membantu memecahkan kandungan anda dan menjadikannya lebih menarik. 
  • Optimumkan untuk Enjin Carian: Gunakan kata kunci yang relevan supaya konten anda mendapat ranking lebih tinggi di halaman hasil enjin carian dan memacu lebih banyak trafik ke posting anda. 

 

Bahagian 3: Posting

 

 

AMALAN BAIK
✅ Pastikan anda log masuk pada akaun Shopee Affiliate anda ketika menghasilkan pautan afiliasi.
✅ Kongsi cadangan dan promosikan barangan dalam kumpulan minat di platform awam.
✅ Tag akaun rasmi Shopee dan gunakan hashtag ketika memuat naik kandungan afiliasi di media sosial.  
✅ Gunakan MyCollection untuk mengumpulkan barang promosi pilihan anda dalam satu halaman untuk rujukan pengikut anda.
 
DILARANG
❌ Gunakan alat query atau bot automatik untuk spam pautan dalam pelbagai saluran.
❌ Muat naik posting menggunakan media sosial peribadi orang lain untuk mencuri trafik. 
❌ Posting pautan afiliasi di laman terlarang/torrent/penstriman. 
 
  • Perkongsian dalam kumpulan minat awam dan penggunaan hashtag membantu mendedahkan konten anda kepada audiens baru yang mungkin tidak pernah melihatnya. Ini sekaligus meningkatkan jangkauan media sosial anda serta bilangan pengikut/pelanggan baru.
  • Memuatnaik konten yang sama berulang kali kepada audiens yang sama boleh dianggap sebagai spam. Ini boleh menyebabkan sentimen negatif dari kalangan pengikut anda.

 

Bahagian 4: Iklan atau Ads untuk konten Media Sosial anda

 

DILARANG
❌ Jalankan sebarang bentuk iklan untuk mempromosikan Shopee tanpa kebenaran bertulis daripada Shopee.
❌ Jalankan iklan kata kunci yang sama dengan yang telah dijalankan oleh Shopee/jenama.

 

 

  • Ini tidak disyorkan kerana ia boleh mengelirukan pengguna dan memberi kesan negatif kepada pengalaman mereka.
  • Kita mestilah jujur dan telus dalam pengiklanan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna dan mengelakkan isu undang-undang.

 

Was this article helpful?
Yes
No