Hi, how can we help?

[BM] Pelaksanaan e-Invois untuk Affiliate

ENG | BM

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos 2024, penggunaan e-Invois secara mandatori akan dikuatkuasakan. Semua affiliate diwajibkan untuk menyerahkan maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi mematuhi keperluan e-Invois.


Sistem e-Invois ini akan membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi secara hampir masa nyata merangkumi sektor Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C), dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).


Sila rujuk pautan dari LHDN di sini untuk maklumat lanjut.


Apakah maklumat yang diperlukan daripada affiliate?


Seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah, affiliate dikehendaki untuk menyerahkan maklumat wajib bermula dari 16 Disember 2024.

 

 

Jenis Akaun

Perkara

Individual Tempatan

Individual Luar Negara*

Syarikat Tempatan*

Syarikat Luar Negara*

Alamat (format e-invois)

Alamat Kediaman

Alamat Kediaman

[Baharu] Alamat Syarikat

Alamat Syarikat

Servis E-invois 

Pilih antara Ya atau Tidak*

Ya secara tetapan

Tidak berkenaan

Ya secara tetapan

TIN (Nombor Pengenalan Cukai

TIN Individu. Daftar / log masuk di sini untuk mendapatkan TIN.

Tiada maklumat diperlukan. Sistem akan memaparkan EI00000000010 secara tetapan.

[Baharu] TIN syarikat / perniagaan anda yang telah didaftarkan. Daftar / log masuk di sini untuk mendapatkan TIN.

No input required. System will show EI00000000010 by default.

Nombor SST

Tidak berkenaan

Tidak berkenaan

Hanya jika anda berdaftar dengan SST

Hanya jika anda berdaftar dengan SST

 

Nota:

*Individu luar negara, syarikat  tempatan, dan syarikat luar negara perlu melengkapkan penyerahan ini melalui Web.

*Jika anda memilih 'Ya', Shopee akan mengeluarkan e-Invois bersama kod QR kepada anda pada setiap kitaran bil. Jika anda memilih 'Tidak', Shopee tidak akan mengeluarkan e-Invois kepada anda bagi setiap kitaran bil.


Klik di sini untuk mengakses halaman Maklumat Pembayaran & Cukai atau di papan pemuka affiliate, pergi ke menu di bahagian kanan atas dan klik ‘Pengaturan Pembayaran’.
 
b9e6e94d88d64b9994352a36b951c8c2.png
 
[Baharu] Dalam 'Pengaturan Pembayaran', klik 'Edit' untuk mengisi Nombor Pengenalan Cukai dan Alamat Syarikat anda.
 
5e3434fcc6e542209ecce4dc5fb76c00.png
 
⚠️ Sekiranya affiliate gagal menyediakan maklumat dan dokumen mandatori, Shopee berhak untuk menanguh atau tidak memproses pembayaran komisen anda.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied