Pemasaran affiliate adalah cara terbaik untuk memperoleh pendapatan tetapi penangguhan pembayaran boleh menyebabkan kekecewaan sekiranya berlaku. Untuk memahami dengan lebih baik sebab-sebab berlakunya penangguhan pembayaran dan cara untuk mengelak penangguhan pembayaran bagi memastikan transaksi yang lebih lancar.
Berikut adalah antara sebab-sebab dan cara untuk mengelak penangguhan pembayaran:
Mengapa berlakunya penangguhan pembayaran?
Beberapa faktor yang boleh menyebabkan penangguhan pembayaran termasuk:
Kelewatan penghantaran maklumat pembayaran dan cukai.
Affiliate mestilah menghantar maklumat pembayaran dan cukai dengan tepat pada awal penyertaan di Program Affiliate. Kelewatan berbuat demikian akan menyebabkan penangguhan dalam pembayaran tambahan lagi sekiranya mempunyai sebarang kesalahan dalam maklumat pembayaran dan cukai
Kelewatan penghantaran invois untuk Syarikat Tempatan
Invois mestilah dihantar pada waktu yang ditetapkan (dalam masa 5 hari bekerja selepas bil dikeluarkan) untuk memulakan proses pembayaran bagi syarikat tempatan
Penolakan Invois
Invois boleh ditolak sekiranya mempunyai kesalahan format, ,maklumat yang tidak lengkaatau percanggahan dalam maklumat yang diberikan. Apabila invois ditolak, affiliate mestilah membetulkan dan menghantar semula.
Kemaskini Maklumat Pembayaran dan Cukai
Kemaskini Maklumat Pembayaran dan Cukai boleh menyebabkan penangguhan pembayaran untuk proses pengesahan dan kelulusan maklumat yang baharu. Proses semakan boleh mengambil masa beberapa hari bergantung kepada polisi dalaman.
Apakah cara untuk mengelakkan penangguhan pembayaran?
Penangguhan pembayaran boleh menyebabkan diluar kuasa affiliate tetapi beberapa langkah proaktif yang boleh diambil untuk mengurangkan gangguan pembayaran.
Hantar maklumat pembayaran dan cukai segera
Sila pastikan semua maklumat pembayaran dan cukai dihantar dengan betul dan segera. Periksa semula jika ada sebarang kesalahan untuk mengelak daripada penolakan dan memerlukan penghantaran semula
Patuhi panduan penghantaran invois
Untuk Syarikat Tempatan adalah penting untuk menghantar invois dengan segera dan mengikut templat yang disediakan. Sila pastikan semua maklumat yang diperlukan seperti nombor invois, tarikh dan maklumat pembayaran diisi dengan betul.
Sahkan maklumat invois sebelum menghantar
Sila periksa dan pastikan semua maklumat sepadan dengan format yang diperlukan sebelum menghantar invois bagi mengelakkan penolakan dan penangguhan pembayaran
Jangkaan Penangguhan Pembayaran bagi kemaskini maklumat
Kemaskini maklumat pembayaran dan cukai yang baharu akan mengambil masa untuk pemprosesan dan pengesahan. Sekiranya pembayaran anda ditangguh, sila periksa jika ada sebarang tindakan yang perlu dilakukan sebelum menghubungi perkhidmatan pelanggan kami.
Pantau status pembayaran secara berkala
Jejak status pembayaran melalui platform affiliate atau saluran komunikasi. Sekiranya pembayaran anda ditangguh, sila periksa jika ada sebarang tindakan yang perlu dilakukan sebelum menghubungi perkhidmatan pelanggan kami.
Hubungi Pengurus Akaun Utama atau perkhidmatan pelanggan kami jika perlu
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah mengenai pembayaran, sila hubungi Pengurus Akaun Utama yang ditetapkan atau perkhidmatan pelanggan kami dengan segera untuk membantu menyelesaikan masalah anda.