Ganjaran ini terbuka kepada affiliate baharu yang berjaya mendaftar untuk Program Shopee Affiliate.
Peserta mesti mempunyai akaun Shopee yang sah dan diluluskan sebagai Shopee Affiliate.
Setiap pengguna hanya layak menerima Ganjaran Eksklusif Affiliate ini sekali sahaja, tanpa mengira berapa kali pendaftaran atau akaun dicipta.
Shopee berhak untuk meminta bukti pengenalan diri atau sebarang dokumen tambahan bagi mengesahkan kelayakan affiliate dan pengesahan pesanan. Peserta yang gagal mengemukakan pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan boleh dibatalkan kelayakannya. Shopee berhak untuk menarik balik sebarang ganjaran yang telah diberikan sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran yang dilakukan oleh affiliate.
Affiliate baharu boleh memperoleh sehingga RM15 ganjaran tunai dengan melengkapkan setiap misi berikut:
Misi 1: Jana pesanan pertama melalui pautan affiliate anda dalam tempoh 7 hari selepas pendaftaran untuk memperoleh baucar Shopee bernilai RM5.
Misi 2: Jana pesanan berikutnya menggunakan pautan affiliate anda dalam tempoh 6 hari selepas Misi 1 selesai dan dapatkan ganjaran baucar Shopee bernilai RM5.
Misi 3: Jana pesanan berikutnya menggunakan pautan affiliate anda dalam masa 5 hari selepas Misi 2 selesai dandapatkan ganjaran baucar Shopee bernilai RM5.
Setiap ganjaran misi akan dikreditkan secara berasingan ke dalam dompet ShopeePay affiliate dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pesanan masing-masing berjaya diselesaikan.
Shopee tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan mengkreditkan ganjaran akibat maklumat ShopeePay yang tidak tepat, penggantungan akaun, atau sebab lain di luar kawalan Shopee. Ganjaran yang tidak dapat dikreditkan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelengkapkan misi atas sebab yang berpunca daripada peserta boleh dibatalkan dan Shopee tidak mempunyai sebarang tanggungjawab lanjut terhadap peserta.
Pesanan mesti dijana melalui:
Pautan affiliate yang dikongsi di platform media sosial,
Siaran langsung affiliate di Shopee Live, atau
Kandungan affiliate di Shopee Video.
Pesanan dianggap selesai apabila pembeli telah menekan butang “Pesanan Diterima” di aplikasi Shopee dan tiada permintaan pembatalan/pemulangan dibuat dalam tempoh pemulangan.
Pembelian sendiri atau aktiviti penipuan (contohnya pesanan palsu, akaun pendua) tidak akan diambil kira bagi kelayakan.
Ganjaran ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar ganti, dan tidak boleh ditukar kepada bentuk pampasan lain.
Ganjaran diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat, tertakluk kepada ketersediaan.
Shopee berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah, menggantung, atau menamatkan misi Ganjaran Eksklusif Khas untuk Affiliate Baharu pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Shopee juga berhak untuk menahan atau menarik balik ganjaran sekiranya sebarang aktiviti penipuan, penyalahgunaan, atau aktiviti mencurigakan dikesan.
Shopee berhak untuk mengaudit akaun dan membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang didapati terlibat dalam aktiviti mencurigakan seperti pembelian sendiri, kolusi, penciptaan akaun secara besar-besaran, atau tingkah laku manipulatif lain. Sebarang cubaan untuk mengeksploitasi program ini (termasuk isu teknikal, pepijat, atau kelemahan sistem) boleh mengakibatkan pembatalan kelayakan dan pembatalan ganjaran.
Shopee tidak akan bertanggungjawab atas sebarang isu teknikal (contohnya masalah sambungan internet, gangguan sistem) yang mungkin menjejaskan penyertaan.
Keputusan Shopee mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Ganjaran Eksklusif Khas untuk Affiliate Baharu adalah muktamad dan mengikat.