ENG | BM
Memperkenalkan Pengebilan Harian Affiliate! Pendapatan anda kini akan disahkan setiap hari dan bukan lagi dua minggu sekali, membolehkan anda menyemak dan mendapatkan pembayaran dengan lebih cepat.
Bagaimana Ia Berfungsi
Selepas pesanan diselesaikan, ia akan disahkan dalam masa 24 jam dan bil baharu akan dijana pada hari berikutnya. Jika maklumat Pembayaran & Cukai anda telah disahkan, paparan bil anda akan kelihatan seperti contoh di bawah.
Butiran Pengebilan
Dalam bahagian Income, anda akan melihat Bil Komisen, yang memaparkan pendapatan harian anda yang telah disahkan. Ambil perhatian bahawa jumlah Pending Payout dipaparkan sebelum cukai. Untuk melihat jumlah bersih, rujuk Payout Records anda.

Klik pada bil untuk melihat pecahan terperinci pendapatan bersih anda, termasuk potongan untuk cukai dan yuran perkhidmatan. Lihat contoh di bawah:

B. Rekod Pembayaran (Payout Record)
Untuk Individu Tempatan
Jika anda klik pada Payout Record, anda akan melihat laporan bil yang diselaraskan yang menunggu untuk diproses. Rekod ini akan dikemas kini setiap hari Rabu dan Jumaat:
Rabu merangkumi bil dari Jumaat sebelumnya hingga Selasa
Jumaat merangkumi bil hari Rabu dan Khamis
Untuk Affiliate Syarikat Tempatan, Individu Luar Negara & Syarikat Luar Negara:
Apabila anda klik pada Payout Record, anda akan dapat melihat laporan rekonsiliasi bil harian anda yang sedang menunggu pemprosesan. Payout Record akan dikeluarkan pada 8hb dan 23hb setiap bulan:
Payout Record 23hb: termasuk bil harian dari 8hb hingga 22hb bulan semasa
Sistem akan menggabungkan bil harian anda dan memproses pembayaran secara automatik apabila Pending Payout anda mencapai RM1, menjadikannya lebih mudah untuk memantau dan menerima pendapatan anda.
menerima pendapatan anda.


Jadual Pembayaran
Untuk Affiliate Individu Tempatan:
Pembayaran komisen diproses setiap hari Jumaat. Bil komisen selama 7 hari akan digabungkan dan dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
Untuk Affiliate Syarikat Tempatan, Individu Luar Negara & Syarikat Luar Negara:
Pembayaran komisen akan diteruskan seperti biasa pada hari Jumaat. Pembayaran akan diproses dan dikeluarkan dalam 21 hari bekerja selepas Payout Record dikeluarkan.
Bagi affiliate Syarikat Tempatan, invois mesti dimuat naik dalam masa 3 hari selepas Payout Record dikeluarkan untuk memastikan pembayaran dibuat tepat pada masanya.
Jika hari Jumaat jatuh pada cuti umum, pembayaran akan dibuat pada hari Isnin berikutnya.
Syarat Pembayaran
Pembayaran hanya akan dibuat mengikut jadual di bawah sekiranya:
Maklumat Pembayaran & Cukai telah disahkan
Bayaran Tertunda (Pending Payout) mencapai minimum RM1
(Hanya untuk Local Enterprise) Invois dimuat naik dalam masa 3 hari selepas bil pembayaran muncul dan invois diluluskan dalam sistem
Langkah Seterusnya
Dengan Pengebilan Harian Affiliate, anda boleh dapat pengesahan pendapatan yang lebih pantas dan melihat komisen dengan lebih jelas. Pastikan Maklumat Pembayaran & Cukai anda dikemas kini dan invois dimuat naik tepat pada masanya.
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lanjut, sila hubungi pasukan sokongan kami.