Hi, how can we help?

[ShopeePay] Aplikasi ShopeePay - Pendaftaran

Bahasa Malaysia | English

1. Bagaimana cara untuk menjadi pengguna Aplikasi ShopeePay?

Untuk menjadi pengguna Aplikasi ShopeePay, ikuti langkah berikut selepas memuat turun aplikasi di App Store atau Google Play Store:

(a) Untuk pengguna Shopee sedia ada:
 
fb8e1e1a23ea495eb5b9f97783a38867.gif

Langkah 1: Pilih Teruskan dengan Shopee
Langkah 2: Klik Teruskan untuk membenarkan Aplikasi ShopeePay menjalankan Pengesahan Keselamatan Akaun

Aplikasi ShopeePay akan mendapatkan maklumat akaun daripada Aplikasi Shopee di telefon anda. Anda akan log masuk secara automatik dan boleh mula menggunakan aplikasi.

(b) Alternatif lain untuk pengguna Shopee sedia ada:
 
01cbec5b74314445be94140c3598646c.gif

Langkah 1: Pilih Daftar Masuk / Log Masuk
Langkah 2: Masukkan Nombor Telefon anda
Langkah 3: Klik Seterusnya
Langkah 4: Lakukan Pengesahan
Langkah 5: Masukkan Kod Pengesahan yang dihantar ke telefon anda

(c) Untuk pengguna baharu:
 
67d57e99000d4faea00396507190dfc7.gif

Langkah 1: Pilih Daftar Masuk / Log Masuk
Langkah 2: Masukkan Nombor Telefon anda
Langkah 3: Klik Seterusnya
Langkah 4: Lakukan Pengesahan
Langkah 5: Masukkan Kod Pengesahan yang dihantar ke telefon anda
Langkah 6: Tandakan kotak Terma & Syarat
Langkah 7: Klik Aktifkan Sekarang
Langkah 8: Masukkan Maklumat Peribadi anda
Langkah 9: Klik Sahkan
Langkah 10: Cipta PIN ShopeePay anda
Langkah 11: Sahkan PIN ShopeePay anda

2. Bagaimana saya tahu jika pendaftaran akaun ShopeePay saya berjaya?

Anda akan menerima Notifikasi (Push Notification) mengenai status pendaftaran anda.

3. Bolehkah warga asing mendaftar untuk akaun eDompet ShopeePay?

Ya, anda boleh mendaftar untuk akaun Aplikasi ShopeePay jika anda mempunyai pasport yang sah.

4. Berapa banyak akaun ShopeePay yang boleh saya daftarkan?

Setiap kad pengenalan hanya boleh dipautkan kepada satu akaun Shopee atau satu akaun ShopeePay. Jika anda telah menggunakan kad pengenalan anda untuk mendaftar akaun Shopee, anda perlu log masuk melalui Shopee dan tidak boleh mencipta akaun ShopeePay baharu menggunakan maklumat yang sama.
Was this article helpful?
Yes
No