Hi, how can we help?

Ciri Keselamatan Aplikasi Mudah Alih ShopeePay

Bahasa Malaysia | English

Peningkatan Terkini pada Keselamatan Aplikasi Mudah Alih

Kami telah meningkatkan keselamatan aplikasi mudah alih kami untuk menghalang penipu daripada mengakses akaun ShopeePay pelanggan.

Peningkatan keselamatan ini akan menyekat akses ke akaun ShopeePay sekiranya sistem mengesan cubaan log masuk daripada peranti mudah alih yang berisiko tinggi akibat perisian hasad (malware) atau kelemahan keselamatan. Ini termasuk:

(a) Peranti yang mempunyai aplikasi perisian hasad yang diketahui atau telah diubah suai (jailbroken/rooted)
(b) Peranti dengan aplikasi berisiko tinggi atau tetapan kebenaran yang tidak selamat
(c) Peranti yang mempunyai perkongsian skrin tidak dibenarkan diaktifkan

Untuk melindungi akaun dan dana ShopeePay anda, anda perlu menghapuskan aplikasi berisiko tinggi atau berniat jahat, menyahaktifkan tetapan kebenaran yang berisiko, atau menghentikan perkongsian skrin sebelum boleh mengakses semula ShopeePay.

Yakinlah bahawa ciri keselamatan kami hanya mengesan ancaman keselamatan dan tidak mengumpul sebarang data lain.

Maklumat Tambahan mengenai Peranti Jailbroken/Rooted

Jailbreaking (untuk peranti Apple) dan rooting (untuk peranti Android) merujuk kepada pengubahsuaian peranti bagi mengatasi sekatan perisian yang dikenakan oleh pengeluar. Ini membolehkan pengguna memasang aplikasi daripada sumber luar selain daripada gedung aplikasi rasmi.

Sekatan ini diwujudkan oleh pengeluar peranti bagi memastikan hanya perisian yang disahkan, selamat, dan sah digunakan. Jailbreaking atau rooting peranti untuk memasang aplikasi tidak rasmi boleh menyebabkan:

(a) Pendedahan peranti kepada aplikasi berniat jahat yang boleh menjejaskan data peribadi
(b) Pembatalan jaminan peranti
(c) Ketidakstabilan sistem atau kerosakan peranti
(d) Kelemahan perlindungan keselamatan secara keseluruhan

Anda boleh melakukan tetapan semula kilang (factory reset) pada peranti anda atau menggunakan peranti lain yang tidak diubah suai untuk mengakses perkhidmatan ShopeePay.

Maklumat Tambahan mengenai Perisian Hasad (Malware)

Perisian hasad (malware) merujuk kepada sebarang program berniat jahat yang direka untuk mengganggu operasi, mencuri maklumat sensitif, atau mendapatkan akses tanpa kebenaran ke peranti, termasuk telefon pintar.

Apabila aplikasi berniat jahat dipasang, penipu boleh mengawal peranti anda dari jauh dan mencuri maklumat log masuk anda. Akses ini boleh membolehkan mereka log masuk ke akaun ShopeePay anda dan melakukan transaksi tanpa kebenaran tanpa pengetahuan anda.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied