Hi, how can we help?

[Pemindahan Wang ke Luar Negara] Pemindahan ke Akaun AliPay di China

BM | EN | CN

Sebelum anda memulakan pemindahan wang, sila pastikan penerima anda telah melengkapkan tetapan sekali sahaja di aplikasi AliPay mereka. 

Untuk membolehkan penerima menerima dana dari luar negara melalui e-dompet AliPay, penerima perlu melengkapkan proses pendaftaran sekali sahaja melalui mini program “闪速收款”.

⚠️ Jika penerima belum melengkapkan proses ini, pemindahan wang dari luar negara akan gagal. 

Untuk membantu penerima anda melengkapkan tetapan tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

a13bf1477fd34c3582e40c6376cc4149.gif

Langkah 1: Pada halaman utama, ketik pada "Bar Carian"
Langkah 2: Cari “闪速收款”

Langkah 3: Ketik pada mini program “闪速收款”

Langkah 4: Pengguna akan dibawa ke halaman mini program tersebut

Langkah 5: Ketik pada “去填写” (isi maklumat) pada kad “实名认证身份信息” (Sahkan maklumat peribadi)

Langkah 6: Ketik “同意” (setuju)
Langkah 7: Ketik “去设置” (tetapkan) pada kad “开通收款方式” (Tetapkan kaedah penerimaan)
Langkah 8: Tandakan kotak T&S dan ketik “同意” (setuju)
Langkah 9: Pengguna akan diarahkan ke halaman ini jika kaedah penerimaan telah ditetapkan
Langkah 10: Profil pengguna telah lengkap dan penerimaan wang dari luar negara kini telah diaktifkan

⚠️ Setelah penerima anda melengkapkan semua langkah di atas, anda boleh memulakan pemindahan wang ke luar negara melalui ShopeePay.

 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied