Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Bagaimana sistem pembayaran pendapatan harian untuk Rakan Penghantar ShopeeFood berfungsi?

Bahasa Malaysia | English

Setiap transaksi berkenaan tugasan penghantaran akan direkodkan di dalam aplikasi ShopeeFood Driver. Sistem ShopeeFood membolehkan Rakan Penghantar untuk membuat tambahan nilai dan pengeluaran terus dari aplikasi pada bila-bila masa.

 

Teliti rajah di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan perihal asas E-Wallet Rakan Penghantar.

 

 

1) Tambah Nilai

 

  • Menu Utama > My Wallet > Top Up > Isi jumlah yang ingin di top up > Pilih Payment Method > Klik Top Up(Ringkasan Top Up anda akan dipaparkan pada Top Up & Withdrawal History) Ambil maklum bahawa Rakan Penghantar harus mempunyai baki positif (RM1 dan ke atas) dalam E-Wallet Aplikasi Driver untuk mula menerima tugasan

2) Pengeluaran 

 

  • Menu Utama > My Wallet > Withdraw > Pilih Akaun untuk pemindahan wang > Isi jumlah pengeluaran > Klik Withdraw(Ringkasan anda akan dipaparkan pada Top Up & Withdrawal History)

 

NOTA PENTING

  • Sekiranya akaun bank yang tertera tidak tepat, anda harus mengemas kini dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood
  • Rakan Penghantar ShopeeFood boleh membuat pengeluaran sebanyak RM1 hingga RM500 pada satu masa
  • Rakan Penghantar ShopeeFood hanya boleh membuat pengeluaran maksimum sebanyak 3 kali sehari

 

3) Penyata Pendapatan

 

  • Hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui Live Chat (Jangkaan 7 hari bekerja bagi mendapat salinan penyata pendapatan)

 

4) Soalan Lazim

  • Apakah nilai minimum yang perlu ada dalam E-wallet saya untuk membolehkan saya mendapat tugasan pesanan?Rakan Penghantar harus mempunyai sekurang-kurangnya RM1 untuk menerima tugasan.

 

  • Apakah nilai minimum yang perlu ada dalam E-wallet saya untuk membolehkan saya mendapat tugasan COD?Rakan Penghantar digalakkan untuk mempunyai minimum RM50 untuk menerima tugas COD.

 

  • Adakah tip yang diberi oleh pelanggan melalui aplikasi ShopeeFood disertakan dalam penyata pendapatan Rakan Penghantar?Ya, Rakan Penghantar boleh menyemak tip yang diberi oleh pelanggan dalam laman transaksi aplikasi Driver.
Was this article helpful?
Yes
No