Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Kempen Rujuk & Raih (Referral Campaign) Rakan Penghantar ShopeeFood (MELAKA)

Pengenalan

Kempen Rujuk & Raih diadakan khas bagi Rakan Penghantar ShopeeFood di sekitar negeri Melaka. Kempen ini diadakan untuk memberi peluang kepada Rakan Penghantar ShopeeFood untuk menjana pendapatan lebih 💰.


Tempoh Kempen: 1hb Jun 2023 - 16hb Julai 2023

  1. Anda boleh merujuk sesiapa yang:
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Mempunyai lesen motosikal (B2)
  4. Mempunyai motosikal sendiri
  5. Masih belum berdaftar sebagai Rakan Penghantar ShopeeFood
  6. Tinggal di kawasan Melaka


Rakan yang dirujuk hanya perlu mengisi borang rujukan (https://bit.ly/RujukdanRaihBOS) beserta dengan kod rujukan unik anda.


Di bawah adalah contoh notifikasi yang akan hantar kepada aplikasi Driver di mana anda boleh mendapatkan kod rujukan unik anda.


Sekiranya rakan anda aktifkan akaun mulai 1 Jun 2023 dan melengkapkan 10 pesanan antara 15 Jun 2023 sehingga 16 Julai 2023, anda akan mendapat RM50 bonus rujukan! Mudah sahaja bukan?


Terma dan syarat

  1. Rujukan dianggap sah hanya apabila akaun rakan yang dirujuk diaktifkan dalam tempoh kempen (1 Jun - 16 Julai 2023) dan melengkapkan 10 pesanan di antara 15 Jun sehingga 16 Julai 2023.


  1. Rakan Penghantar yang ingin merujuk hendaklah berstatus aktif sebelum anda boleh merujuk rakan lain. Akaun anda haruslah berstatus aktif sebelum anda boleh layak menerima bonus rujukan.


  1. Rakan yang rujuk mesti mengisi dan melengkapkan borang rujukan dengan maklumat yang TEPAT, ataupun rujukan tersebut akan dianggap tidak sah.

a. Nombor telefon yang diisi mesti sama dengan nombor telefon yang akan digunakan untuk berdaftar dengan ShopeeFood


  1. Kod rujukan unik anda mesti diisi oleh rakan anda dengan tepat


  1. Kaedah rujukan yang lain seperti menggunakan nombor IC, nombor telefon, atau emel tidak akan diterima untuk kempen ini.


  1. Bayaran bonus tidak akan dikreditkan bagi penyerahan dokumen yang gagal, pengaktifan di luar tempoh kempen, atau kegagalan memenuhi kriteria jumlah pesanan dihantar


  1. Kempen ini terbuka hanya kepada (Rakan Penghantar yang merujuk dan orang yang dirujuk) yang berada di kawasan Melaka.



Soalan Lazim


1) Bilakah bonus Rujuk dan Raih akan dikreditkan ke dalam Driver wallet saya?

Jika rakan yang anda rujuk memenuhi kriteria (10 pesanan di antara 15 Jun 16 Julai 2023) pada mana-mana hari di sesuatu minggu, bonus Rujuk & Raih akan dikreditkan ke dalam Driver Wallet anda pada hari Rabu minggu seterusnya.


2) Di mana saya boleh mendapatkan borang rujukan kempen untuk dikongsikan bersama rakan saya?

Borang rujukan boleh didapati di dalam notifikasi aplikasi Driver anda. Sila pastikan rakan anda mengisi kod rujukan unik anda ke dalam borang tersebut. (Rujuk poster visual di atas)


3) Bagaimana saya akan diberitahu jika akaun rakan yang saya rujuk telah diaktifkan?

Anda akan mendapat notifikasi melalui WhatsApp apabila akaun rakan anda telah diaktifkan.


4) Bagaimana saya boleh mengetahui jika saya akan mendapat bonus Rujuk & Raih?

Anda akan mendapat notifikasi melalui WhatsApp apabila ShopeeFood mengkreditkan bonus tersebut ke Driver wallet anda.


5) Apakah cara untuk saya memantau status dan perkembangan kempen Rujuk & Raih saya?

Anda boleh memantau perkembangan rujukan anda (dari jumlah rakan yang dirujuk hingga ke jumlah bonus yang telah dikreditkan kepada anda) di SINI.


6) Adakah saya masih berpeluang untuk dapat bonus rujukan jika rakan yang saya rujuk telah diaktifkan tetapi tidak dapat lengkapkan 10 pesanan di antara 15 Jun sehingga 16 Julai 2023?

Tidak, anda tidak layak untuk mendapat bonus rujukan daripada rujukan tersebut lagi. Anda digalakkan untuk sentiasa memantau perkembangan rujukan anda dan pastikan mereka melengkapkan 10 pesanan di antara 15 Jun sehingga 16 Julai 2023.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied