
Perkhidmatan Penghantaran Instant Delivery/ Instant-Mart
Pengenalan
"Instant Delivery/ Instant-Mart’’ adalah fungsi dimana Rakan Penghantar ShopeeFood boleh menerima tugas penghantaran barang dari Rakan Niaga Shopee Marketplace ke pembeli. Penghantaran Instant Delivery/ Instant-Mart ini tersedia bagi menambahkan lagi jumlah peluang penghantaran pesanan untuk Rakan Penghantar ShopeeFood. Ia juga memberi pilihan kepada Rakan Niaga Shopee Marketplace untuk menghantar barang jualan mereka kepada pembeli dengan lebih cepat dan selamat.
Fungsi Baharu
- Fungsi Cash On Delivery (COD) terdapat pada penghantaran Instant Delivery/Instant-Mart. Sila rujuk panduan penghantaran COD untuk maklumat lanjut.
- Fungsi Stacked/Grouped Order diperkenalkan pada penghantaran Instant Delivery/Instant-Mart. Sila rujuk panduan Stacked/Grouped Order untuk maklumat lanjut.
Cara Kerja Instant Delivery/ Instant-Mart


Peringatan Semasa Mengambil Barang (Pick-Up)

Format Gambar Bukti Pickup (Proof of Pick-up)

Pastikan gambar bukti pengambilan (pickup) menunjukkan:
- Kondisi barang yang dihantar dengan jelas
- Dokumen Waybill yang jelas (Pastikan maklumat tertera diatas Waybill kelihatan jelas)
Pastikan anda tidak mengambil barang tersebut jika:
- Terdapat kesan kemik/lekuk yang teruk di bahagian luar barang
- Barang tidak halal
- Terlalu besar/berat(Panjang/Lebar/Tinggi = Tidak melebihi 30 cm, Berat muatan tidak melebihi 10kg)
- Tiada Waybill yang dilekatkan pada barang tersebut
- Barang tersebut tersenarai sebagai barang terlarang
Garis Panduan Waybill

Waybill adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pengangkut untuk memberikan butiran dan arahan yang berkaitan dengan penghantaran barang
Pastikan anda menyemak Waybill pada barang yang dihantar, sila teliti:
- Order Details (Courier) harus dinyatakan “Instant Delivery/ Inastant-Mart"
- Order ID harus sama dengan yang tertera pada aplikasi Driver anda
- Nama Penerima dan alamat harus sama dengan yang tertera pada aplikasi Driver anda
Garis Panduan Semasa Penghantaran (Drop Off)

Format Gambar Bukti Penghantaran (Proof of Delivery):
Gambar Waybill yang jelas menunjuk alamat, nama penerima dan pesanan ID
Gambar bukti penghantaran (Proof of Delivery) menunjukkan barangan sampai di alamat penerima dan tempat yang diletakkan
Mesti menghubungi penerima melalui fungsi in-app chat dengan pesanan ID/nombor tracking

Fungsi Chat Rakan Penghantar-Pelanggan Instant Delivery/ Instant-Mart
Anda boleh menggunakan fungsi chat yang tersedia dalam situasi di mana anda perlu menghubungi pelanggan(penerima). Ikuti langkah di bawah untuk mengakses fungsi chat bersama pelanggan.

- Anda boleh mengakses fungsi chat bersama pelanggan melalui butang (1) atau (2)
- Butang (1) akan membawa anda terus ke ruangan chat bersama pelanggan
- Butang (2) akan membawa anda ke ruang pilihan, klik butang (3) untuk ke ruangan chat bersama pelanggan
Soalan Lazim
- Apakah jenis barang yang tidak boleh dihantar melalui fungsi Instant Delivery/ Instant-Mart?
1) Barang yang melebihi had berat 10kg dan ukuran setiap sisi melebihi 30cm (panjang,lebar,tinggi)
2) Barang yang tidak dibungkus dengan selamat
3) Barang terlarang yang salah di sisi undang-undang (rujuk sini untuk senarai lanjut)
- Adakah pesanan Instant Delivery/ Instant-Mart yang saya lengkapkan tergolong dalam kiraan Daily Mission?
Pesanan Instant Delivery/ Instant-Mart yang anda lengkapkan tidak akan dikira untuk skema insentif biasa, tetapi ia akan dikira untuk skema tier anda.Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami dengan mengisi borang ini atau melalui Live Chat.
-
Apakah tempoh masa yang dikehendaki bagi meghantar Pesanan Instant Delivery/ Instant-Mart?
Anda perlu lengkapkan pesanan dalam 1 jam selepas pick up.