Hi, how can we help?

Kempen Rujuk & Raih

00b4f6b353284cd89b7f360c55d004d9.png
Pengenalan

Program Rujukan ShopeeFood membolehkan Rakan Penghantar merujuk individu lain untuk mendaftar sebagai Rakan Penghantar baharu dan menerima ganjaran apabila rakan yang dirujuk memenuhi kriteria yang ditetapkan.


Anda boleh merujuk sesiapa yang:
 
1e7c6949ead945abac77187b05cc289f.png
 
Bagaimanakah cara untuk merujuk rakan?
Anda boleh merujuk rakan dengan langkah berikut: 
  1. Dapatkan pautan rujukan anda melalui aplikasi Driver.
  2. Kongsikan pautan tersebut kepada rakan anda.
  3. Rakan anda menggunakan pautan rujukan yang diberikan sepanjang proses pendaftaran serta memasukkan kod rujukan untuk memastikan rujukan tersebut layak menerima ganjaran
 
Apakah syarat kelayakan rujukan?
  • Rakan yang dirujuk mestilah pengguna baharu dan belum pernah berdaftar sebagai Rakan Penghantar ShopeeFood.
  • Rakan yang dirujuk perlu melengkapkan kriteria yang ditetapkan dalam tempoh kempen.
  • Kod rujukan mestilah dimasukkan semasa proses pendaftaran.
 
88b6e4d4dda4402c897aa4c3453fbbbf.png
 
Di manakah saya boleh menyemak maklumat terkini program rujukan?
Untuk maklumat terkini mengenai ganjaran, kriteria, dan butiran kempen, sila rujuk halaman rasmi Telegram 
 
⚠️ Nota Penting 
  • Ganjaran dan kriteria rujukan mungkin berbeza mengikut lokasi dan tempoh kempen.
  • Semua ganjaran adalah tertakluk kepada terma kempen yang berkenaan.
  • Rujukan yang tidak sah atau tidak memenuhi syarat tidak akan layak menerima ganjaran.
  • ShopeeFood berhak menentukan kesahihan setiap rujukan berdasarkan semakan sistem.
 
Soalan Lazim

1) Mengapakah ganjaran rujukan tidak diterima?
Pastikan rakan anda menggunakan pautan rujukan yang diberikan sepanjang proses pendaftaran serta memasukkan kod rujukan untuk memastikan rujukan tersebut layak menerima ganjaran. Ganjaran hanya akan diberikan sekiranya semua kriteria, terma dan syarat kempen dipenuhi sepenuhnya. ShopeeFood berhak menentukan kesahihan setiap rujukan berdasarkan semakan sistem.
 
2) Bilakah ganjaran rujukan akan dikreditkan?
Ganjaran rujukan untuk setiap tugas akan dipaparkan selepas tugas diselesaikan oleh rakan anda. Namun, ganjaran tersebut hanya akan dikeluarkan satu hari selepas tarikh tugas tamat.

3) Bagaimanakah cara menyemak status rujukan?
Status rujukan boleh disemak melalui Aplikasi Driver halaman 'Rujuk Rakan Baru'.
 
4) Bolehkah lebih daripada seorang rakan dirujuk?
Ya, anda boleh merujuk lebih daripada seorang rakan dan ganjaran akan diberikan bagi setiap rujukan yang berjaya, tertakluk kepada terma dan had kempen.
 

Terma & Syarat


  • Pautan Rujukan adalah untuk kegunaan individu dan peribadi sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial.

  • Dengan menyertai Kempen Rujukan, anda bersetuju dengan terma dan syarat ini, serta Terma Penggunaan ShopeeFood.

  • ShopeeFood berhak untuk membatalkan Kempen Rujukan atau mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya.

  • ShopeeFood berhak untuk membatalkan sebarang pembayaran atau ganjaran dan menyingkirkan mana-mana Perujuk atau Rakan Dirujuk sekiranya terdapat sebarang penipuan yang disyaki atau pelanggaran terma dan syarat.

  • Dengan mengambil sebarang langkah yang dinyatakan dalam Kempen Rujukan, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan jelas dan nyata daripada rakan anda yang dirujuk untuk menerima bahan pemasaran dan mesej lain yang mengandungi Pautan Rujukan ShopeeFood daripada anda melalui SMS, WhatsApp, e-mel, media sosial, dan semua kaedah lain.

 

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat.

 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied