Hi, how can we help?

What is ShopeeFood

Contact Channel

How to use Wallet

Problems from rider

Suspension Inquiries
Application Function
Driver Incentive, Bonus & Benefit

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Bagaimana ‘Stacked Order/Grouped Order’ Berfungsi Dan Memanfaatkan Rakan Penghantar?

Memperkenalkan ciri ‘Stacked Order/Grouped Order’ 

Fungsi ‘Stacked Order/Grouped Order’ membolehkan rakan penghantar untuk menerima lebih daripada satu (1) pesanan dan menghantar ke pelanggan-pelanggan tertentu dalam satu penghantaran.

 

Kategori Stacked Order/Grouped Order :

  • Pesanan Makanan/Minuman dari Restoran
  • Same Day Delivery (Terhad kepada kawasan Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, dan Sarawak pada masa kini)

 

Dengan fungsi ‘Order Stacking’, rakan penghantar boleh

✓ Mendapat dan melengkapkan pesanan lebih dalam masa yang lebih singkat

✓ Menjana pendapatan lebih dalam satu penghantaran

 

Kategori ‘Order Stacking’

  1. Rakan Niaga 1 > Pelanggan 1 > Pelanggan 2
  2. Rakan Niaga 1 > Rakan Niaga 2 > Pelanggan 1
  3. Rakan Niaga 1 > Rakan Niaga 2 > Pelanggan 1 > Pelanggan 2

 

 

Apakah konsep pengiraan tambang Stacked Order/Grouped Order?

**Harap maklum bahawa bayaran untuk 'Stacked Order/Grouped Order' adalah berbeza untuk setiap pesanan. Anda boleh semak bayaran pesanan semasa penerimaan pesanan

 

Bagaimanakah saya dapat menerima ‘Stacked Order/Grouped Order’?

  • Stacked Order: Pesanan seterusnya akan diterima apabila pesanan pertama anda belum ‘pick up’ lagi
  • Grouped Order: Berbilang pesanan boleh diterima sekali gus.

 

Jika ‘Auto Accept’ telah diaktifkan, pesanan akan diterima secara automatik.

 

Soalan Lazim

 

1) Adakah saya perlu aktifkan butang ‘Auto-Accept’ untuk mendapat ‘Stacked Order / Grouped Order’?

-Tidak, anda tidak semestinya harus mengaktifkan fungsi Auto-Accept untuk mendapat ‘Stacked Order/Grouped Order’.

 

2) Bilakah ‘Stacked Order’ akan ditawarkan selepas menerima Pesanan Pertama?

-Sebelum anda klik “Confirm Pickup” untuk pesanan pertama, pesanan kedua akan ditawarkan untuk anda terima.

 

3) Berapakah bilangan pesanan yang saya boleh terima untuk ‘Stacked Order / Grouped Order’ bagi setiap penghantaran makanan dan Same Day Delivery?

- Anda berkemungkinan untuk menerima lebih daripada dua (2) pesanan untuk setiap ‘Stacked Order/Grouped Order’.

 

4) Apakah yang perlu saya lakukan jika salah satu pesanan dalam ‘Stacked Order / Grouped Order’ dibatalkan?

-Apabila anda menerima notifikasi bahawa salah satu pesanan telah dibatal, sistem akan mengemaskini senarai pesanan secara automatik.

-Sila teruskan penghantaran untuk pesanan seterusnya.

 

5) Adakah saya harus menghantar pesanan mengikut urutan yang telah ditetapkan dalam aplikasi?

-Ya, anda harus mengikuti urutan penghantaran seperti yang telah ditetapkan oleh sistem bagi memastikan penghantaran yang lancar dan padan dengan anggaran masa ketibaan (ETA) pelanggan.

 

6) Apakah kawasan yang mempunyai servis stacked order/grouped order bagi Same Day Delivery?

-Kini, servis ini hanya terhad kepada kawasan Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, dan Sarawak sahaja.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat.

Was this article helpful?
Yes
No