ShopeeFood mengamalkan prinsip toleransi sifar terhadap komuniti Rakan Penghantar keatas sebarang aktiviti yang melanggar kod tatakelakuan/tatatertib ShopeeFood. Garis panduan ini menjelaskan butiran berkenaan pelanggaran kod tatakelakuan/tatatertib yang mungkin mengakibatkan penggantungan atau penamatan perkhidmatan atau akses kepada aplikasi Rakan Penghantar.
Kesalahan melibatkan pesanan
Rakan penghantar perlu mematuhi standard operasi penghantaran. Pastikan pesanan dihantar dalam keadaan yang baik dan selamat. Tindakan tegas akan dikenakan jika anda didapati bersalah.
Contoh salah laku
Kesalahan dalam pengendalian pelanggan
Tatatertib, laras bahasa dan tingkah laku adalah penting semasa pengendalian pelanggan. Pastikan tutur kata yang sopan, tiada kontak fizikal dan tidak menghubungi pelanggan diluar waktu atau berkomunikasi perkara tidak berkenaan penghantaran.
Contoh salah laku
Kesalahan memanipulasi sistem
Penggunaan sistem dari segi memanipulasi atau pengubahsuaian aplikasi, bagi mendapatkan keuntungan dipandang serius kerana mengakibatkan kerugian pelbagai pihak. Tindakan tegas akan diambil jika anda didapati bersalah.
Contoh salah laku
Kesalahan berkenaan dokumentasi semasa penghantaran
Anda perlu mempunyai lesen dan permit sah yang mungkin diperlukan bagi dikemukakan kepada pihak berkuasa. Pastikan kenderaan anda mempunyai perlindungan insuran dan cukai jalan yang sah tempoh. Adalah menjadi tanggungjawab individu bagi mengemaskini dan menghantar semula pembaharuan dokumen tersebut sekiranya tamat tempoh, ditarik semula atau diperlukan oleh pihak ShopeeFood.
Contoh salah laku
Kesalahan berkenaan serangan, gangguan dan penderaan akan diambil tindakan tegas
Tingkah laku berkenaan adalah dilarang : Cubaan atau kelakuan serangan fizikal, gangguan seksual secara lisan atau perbuatan, rogol, membunuh, menculik, ugutan dan provokasi, dan kemajuan seksual antara rakan penghantar dan pengguna, sama ada dengan persetujuan bersama atau sebaliknya. Jangan bertanya soalan peribadi yang melampaui batas atau memberi sebarang komen tentang penampilan sesiapa pun. Anda dilarang sama sekali untuk menghubungi pelanggan selepas waktu penghantaran bagi keperluan peribadi. Tindakan tegas akan diambil jika anda didapati terlibat atau bersalah.
Contoh salah laku
Kesalahan berkenaan jenayah akan diambil tindakan tegas
Anda akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkuat kuasa jika melakukan sebarang perbuatan jenayah seperti, mencuri, merompak, memiliki bahan atau senjata terlarang, perbuatan vandalisme atau kerosakan harta benda. Anda dilarang sama sekali mencetuskan atau terlibat dengan aktiviti yang menyebabkan gangguan awam. Selagi anda memakai uniform ShopeeFood, anda terikat dengan garis panduan pematuhan yang telah ditetapkan oleh pihak ShopeeFood. Kami bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang - undang bagi menyiasat dan mendakwa pesalah.
Contoh salah laku
Pematuhan undang-undang keselamatan jalan raya
Elak melanggar peraturan lalu lintas, menunggang secara mululu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Elakkan daripada menunggang dalam keadaan hujan lebat dan jalan licin, berhenti di kawasan yang selamat sehingga keadaan sesuai.
Pematuhan undang-undang jalan raya termasuk mematuhi had laju, mematuhi isyarat dan lampu isyarat, menggunakan kit bebas tangan semasa menunggang. Anda hendaklah sentiasa memakai topi keledar dan pastikan tali topi keledar diikat rapi.
Peringatan: Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, anda dikehendaki membuat laporan polis bagi tujuan rekod.
Contoh salah laku
Kesalahan berkenaan penggunaan dadah, minuman keras dan senjata akan diambil tindakan tegas
Pengambilan alkohol dan dadah adalah dilarang semasa anda berada di platform ShopeeFood. Bahan larangan, botol alkohol terbuka dan senjata tidak dibenarkan berada dalam kenderaan anda.
Jika pelanggan atau pengguna merasakan anda dibawah pengaruh dadah atau alkohol, mereka berhak untuk membatalkan pesanan serta-merta. Jika anda didapati menghantar barangan merbahaya, termasuk permintaan khas daripada pengguna, pelanggan berhak untuk memaklumkannya kepada pihak ShopeeFood atau pihak berkuasa.
Jangan terima perkhidmatan yang bukan sebahagian daripada perkhidmatan ShopeeFood. Jika anda mempunyai sebab untuk mengesyaki jenis kandungan bungkusan anda, sika maklumkan terus kepada pihak ShopeeFood dan pihak berkuasa. Tindakan tegas akan dikenakan jika anda didapati bersalah.
Contoh salah laku
Penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan optimum dan mengikut piawaian keselamatan industri. Pastikan anda menggunakan kenderaan yang berdaftar.
Contoh salah laku
Amalan kebersihan dan kesihatan
Protokol Keselamatan Kesihatan Awam telah ditetapkan untuk mempromosikan kesihatan awam dan memastikan risiko pendedahan pada virus COVID19 diminimumkan, jika tidak, dielakkan. Jaga kebersihan diri pada setiap masa dan kerap merujuk kepada garis panduan rasmi terkini untuk keperluan mengenai kebersihan dan kesihatan diri.
Contoh salah laku
Rakan Penghantar ShopeeFood diingatkan untuk sentiasa mematuhi garis panduan tatakelakuan yang telah ditetapkan oleh pihak ShopeeFood. Jika anda terlibat dan didapati bersalah, ShopeeFood berhak untuk mengenakan tindakan tegas keatas anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat.