Hi, how can we help?

[ShopeePay] Apakah ShopeePay?

ShopeePay berfungsi sebagai dompet digital yang disediakan oleh Shopee; ShopeePay menawarkan pelbagai fungsi, contohnya:

(a) Melakukan pembelian dalam talian di dalam Shopee.


(b) Melakukan pembayaran secara luar talian dengan peniaga yang menerima ShopeePay.


(c) Menghantar atau menerima pembayaran dalam kalangan kenalan anda dan membuat pengeluaran dana ke akaun anda 


Mengakses ShopeePay

  1. Secara langsung daripada laman utama Aplikasi Shopee dengan memilih baki ShopeePay anda.
  2. Layari ShopeePay melalui tab Saya dan mencari ShopeePay.


   

Memulakan Penggunaan ShopeePay

  1. Aktifkan akaun anda dengan bersetuju dengan terma dan syarat serta menetapkan PIN ShopeePay anda.
  2. Memperbaiki pengalaman anda dengan mengesahkan akaun Shopeepay anda dan membenarkan fungsi tambah nilai automatik (auto top-up).

Terma dan syarat

  1. Bagi akaun yang belum disahkan, anda boleh menambah baki akaun sehingga RM2,999; manakala bagi akaun yang telah disahkan boleh menambah sehingga RM4,999.
  2. Anda boleh membuat transaksi ShopeePay sehingga RM4,999 jika akaun anda mempunyai dana yang mencukupi; tiada amaun transaksi minima.

Untuk terma dan syarat yang lebih terperinci, anda boleh semak melalui Tetapan ShopeePay ⚙ > Dasar Kami.


Was this article helpful?
Yes
No