Hi, how can we help?

[Account Security] Mengapa saya tidak boleh menukar/mengesahkan nombor telefon saya?

Jika anda tidak dapat menukar atau mengesahkan nombor telefon anda di Shopee, ini mungkin disebabkan oleh sebab-sebab berikut:

1. Akaun Semasa:

Anda mungkin sudah mempunyai akaun Shopee yang lain yang didaftarkan dengan nombor telefon yang sama.

Cuba ingati kata laluan dan log masuk ke akaun yang lain.

Jika anda telah lupa kata laluan, cari panduan tentang bagaimana untuk menetapkan semula di sini.

2. Nombor Telefon Dikitar Semula:

Nombor telefon boleh dikitar semula oleh pembekal perkhidmatan. Hal ini  bermaksud nombor anda mungkin pernah dimiliki oleh orang lain sebelum ini. Harap maklum bahawa pemilik sebelumnya tidak mempunyai akses kepada akaun Shopee anda.

Untuk menyelesaikan masalah ini, sila isi borang web ini untuk menukar/mengemaskini nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun Shopee anda.

Was this article helpful?
Yes
No