Bahasa Malaysia | English |
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai. Berkuat kuasa 1 Mac 2024, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), SST sebanyak 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan logistik, termasuk penghantaran, pengedaran, dan pengangkutan barang, dokumen, atau bungkusan melalui platform e-dagang (CajPenghantaran).
Apakah yang akan berlaku?
Seperti yang diarahkan oleh JKDM, Shopee akan mengenakan SST mandatori sebanyak 6% ke atas Caj Penghantaran bermula 1 Mac 2024. Berdasarkan contoh-contoh dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh JDKM, asas cukai untuk mengenakan SST adalah jumlah Caj Penghantaran (Shipping Fee) selepas Diskaun Penghantaran (jika ada).
Sekiranya tarikh berkuat kuasa ditangguhkan, Shopee akan terus mengenakan cukai perkhidmatan (jika berkenaan) berdasarkan undang-undang semasa.
Berikut adalah pecahan pengiraan caj SST 6% ke atas Caj Penghantaran anda.