Bahasa Malaysia | English
1. Apa itu Perlindungan Telefon (Mobile Protection)?
Perlindungan Telefon (Mobile Protection) memberikan perlindungan untuk telefon bimbit daripada kerosakan fizikal dan cecair yang tidak disengajakan selama 12 bulan.
2. Berapakah harga Perkhidmatan Perlindungan Telefon (Mobile Protection) untuk telefon bimbit?
Harga Perkhidmatan Perlindungan Telefon (Mobile Protection) adalah berbeza mengikut harga telefon bimbit yang dibeli dalam platform Shopee. Anda boleh lihat harga di halaman checkout apabila telefon mudah yang layak untuk perkhidmatan ini dibeli.
3. Apakah yang dilindungi oleh perlindungan ini?
Anda boleh membuat sebanyak dua (2) permintaan servis bagi kos pembaikan akibat kerosakan tidak sengaja dan kerosakan akibat cecair dalam tempoh Perkhidmatan, tertakluk kepada jumlah maksimum yang dilindungi (bersamaan dengan harga pembelian).
4. Apakah perkara yang tidak dilindungi oleh perlindungan?
Sila rujuk kepada “General Exclusions” dalam Terma & Syarat dengan mengklik ‘Learn More’ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
5. Adakah had masa untuk membuat permintaan servis?
Ya, permintaan servis perlu dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kejadian yang menyebabkan kerosakan tidak sengaja pada telefon bimbit.
6. Bagaimanakah saya boleh masukkan Perlindungan Telefon (Mobile Protection) dalam pembelian saya?
Perlindungan Telefon (Mobile Protection) akan dipilih apabila anda membeli telefon bimbit yang layak untuk perlindungan ini. Jika anda tidak mahu mengambilnya, nyahtanda kotak semak Mobile Protection di halaman checkout.
7. Bagaimanakah saya boleh menyahpilih Perlindungan Telefon (Mobile Protection) semasa pembayaran?
Di halaman checkout, pengguna boleh menyahtanda kotak Perlindungan Telefon (Mobile Protection) untuk dialih keluar daripada troli.
8. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar permintaan servis bagi Perlindungan Telefon Bimbit?
Langkah 1: Pergi ke halaman Butiran Program Servis, pilih ‘Permintaan Servis’ untuk memulakan permintaan servis.
Langkah 2: Laporkan dan hantar permintaan anda dengan segera selepas kejadian berlaku.
Langkah 3: Isikan butiran yang diperlukan dan sertakan gambar telefon bimbit yang rosak bersama nombor IMEI.
Langkah 4: Pilih lokasi pembaikan yang diingini – negeri dan bandar.
Langkah 5: Pastikan anda melengkapkan penghantaran awal dengan semua maklumat asas yang diperlukan.
Langkah 6: Semak maklumat dan hantar permintaan servis.
Langkah 7: Kedai pembaikan Igloo atau pusat servis yang berdekatan dengan lokasi pilihan anda akan dicadangkan.
Langkah 8: Hantar telefon bimbit yang rosak ke salah satu kedai pembaikan atau pusat servis yang disenaraikan untuk dibaiki.
Langkah 9: Untuk kedai pembaikan Igloo - Anda tidak perlu membayar kos pembaikan selagi ia berada dalam had maksimum perlindungan Mobile Protection. Anda hanya perlu membayar jumlah potongan dan lebihan (jika berkenaan).
Langkah 10: Untuk pusat servis atau kedai pembaikan lain - Anda perlu membayar kos pembaikan terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran balik. Setelah pembaikan selesai, sila serahkan maklumat pembaikan di laman yang sama dan berikan butiran pembaikan (iaitu gambar telefon bimbit yang telah dibaiki beserta nombor IMEI, resit pembaikan, jumlah kos pembaikan) serta butiran akaun bank untuk mendapatkan bayaran balik dalam tempoh tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari.
Nota:
Semua permintaan servis akan disemak dan dinilai oleh Penyedia Servis. Jika dokumen tambahan diperlukan, anda akan dimaklumkan. Sila muat naik dokumen tersebut dalam tempoh yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Tahap Perkhidmatan Pengendalian Permintaan Servis
Activiti | Tempoh Masa |
Penghantaran permintaan servis | Tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kejadian yang menyebabkan kerosakan tidak sengaja atau kerosakan akibat cecair pada telefon bimbit. |
Pembaikan telefon bimbit oleh kedai pembaikan atau pusat servis | Janji temu: Satu (1) hari Walk-in (tertakluk kepada ketersediaan alat ganti): Tujuh (7) hari.
|
Pembayaran permintaan servis (jika berkenaan) | Tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permintaan diluluskan. |