Bahasa Malaysia | English
Disebabkan oleh masalah teknikal, terdapat dana yang telah dikreditkan secara tidak betul ke dalam dompet ShopeePay anda pada 3 Disember 2023. Kami akan melaraskan baki dompet ShopeePay anda bagi jumlah yang telah dikreditkan. Oleh itu, sila pastikan baki dompet ShopeePay anda mencukupi untuk pelarasan yang berterusan ini.
Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh perkara ini dan terima kasih atas kerjasama anda.
Jika anda tidak menerima dana tambahan untuk transaksi ini, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami dan sediakan dokumen yang boleh membantu kami menyiasat lebih lanjut.
Jika baki dompet ShopeePay anda menunjukkan pelarasan telah selesai dibuat, abaikan pemberitahuan tersebut.