English | Bahasa Malaysia
Anda boleh menggunakan J&T Cargo sebagai kurier Shopee Free Return untuk barang dengan berat melebihi 20kg (sehingga 500kg) mulai 29 Mei 2023.
Setelah permohonan anda diterima, anda boleh pulangkan barang kepada penjual dalam masa 5 hari menggunakan Shopee Free Return dengan J&T Cargo tanpa sebarang kos penghantaran!
💡 Tip: J&T Cargo hanya ditawarkan di Semenanjung Malaysia. Shopee Free Return juga ditawarkan untuk Poslaju, SPX Express, dan J&T Express.
Apakah proses pulangan bagi Shopee Free Return dengan J&T Cargo?
1. Buat permohonan dalam aplikasi dan cetak label pulangan
Langkah 1: Pergi ke tab ‘Saya’ dan tekan ‘Pembelian Saya’. Tekan ‘Pulangan Bayaran Balik’ dan pilih pesanan anda
Langkah 2: Tekan 'Pilih Pilihan Penghantaran’. Tekan ‘Pengambilan’ dan tekan ‘Hantar’
Langkah 3: Pada halaman butiran pulangan/bayaran balik, anda boleh cetak label pulangan melalui emel atau muat turun
💡 Tip: Jika anda belum lagi melakukannya, anda boleh mengesahkan alamat e-mel dengan mengunjungi 'Tetapan Akaun'
2. Jana nombor jejakan dan tunggu bungkusan anda untuk diambil
Setelah menekan ‘Hantar’, nombor jejakan akan dijana. J&T Cargo akan mengambil bungkusan daripada alamat pengambilan pembeli pada masa pengambilan yang dipilih.
💡 Tip: Ketahui senarai barang berbahaya dan barang terlarang J&T Cargo.
⚠️ Nota penting: