Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[Pulangan Shopee Mall] Berapa lama proses pemeriksaan kualiti bagi produk yang dipulangkan?

Bahasa Malaysia |  English 

 

Pemeriksaan kualiti yang dilakukan oleh pasukan Gudang Shopee untuk produk yang dipulangkan akan mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja. Ini adalah untuk memastikan produk yang dipulangkan berada dalam keadaan yang memuaskan sebelum permohonan pulangan/bayaran balik diluluskan.

 

Bergantung kepada keputusan pemeriksaan, Shopee akan melakukan salah satu daripada perkara berikut:

 

  • Meluluskan permohonan bayaran balik: Bayaran balik akan diproses dan dibayar ke kaedah pembayaran yang digunakan
  • Menolak permohonan bayaran balik: Produk akan dihantar semula kepada anda dan kami akan memaklumkan anda tentang sebab penolakan melalui emel.

 

⚠️ Nota penting: Jika bungkusan pulangan anda tidak sampai ke Gudang Shopee seperti yang dijangkakan, anda dinasihatkan untuk menghubungi kurier mengenai status penghantaran anda.

Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati