English | Bahasa Malaysia
Barang yang diletakkan dalam kategori di bawah tidak boleh dipulangkan secara fizikal:
Jenis Barang | Produk |
Barang Mudah Rosak 👉 Produk yang mempunyai jangka hayat yang lebih pendek dan akan rosak dengan cepat disebabkan faktor persekitaran (suhu, kelembapan). Cth: hasil segar, kek, makanan bermasak, produk hidup, produk sejuk dan sejuk beku, tumbuhan hidup, dll. | • Makanan & Minuman > Makanan Segar & Beku • Makanan & Minuman > Tenusu & Telur • Makanan & Minuman > Bakeri • Pengantaran Makanan • Tumbuhan hidup |
Kebersihan 👉 Barangan yang tidak sesuai untuk dipulangkan atas sebab perlindungan kesihatan atau kebersihan. | • Aksesori Fesyen > Aksesori Tambahan > Topeng • Semua Pakaian Dalam > Pakaian Dalam • Semua Pakaian Wanita > Pakaian Dalam • Pakaian Wanita > Pakaian Bersalin > Bra Kejururawatan • Semua Pakaian Renang • Sukan & Luaran > Pakaian Sukan & Luaran > Bra Sukan • Ibu & Bayi > Formula Susu & Makanan Bayi |
Produk Digital 👉 Barangan maya yang tidak mempunyai produk fizikal untuk dihantar. Cth. baucar perjalanan, tambah nilai mudah alih/permainan, perisian, waranti, pelan langganan dalam talian. | • Tiket, Baucar & Perkhidmatan • 'Tawaran Berdekatan Saya' |
Apakah proses bayaran balik untuk barang yang tidak boleh dipulangkan?
Shopee akan meminta bukti daripada pembeli dan penjual untuk barang yang tidak boleh dipulangkan. Kedua-dua pihak akan diberikan masa 1 hari kalender untuk memberi maklum balas.
💡 Tip: Untuk barang yang tidak boleh dipulangkan, pembeli hanya akan melihat pilihan 'Bayaran Balik Sahaja' apabila mereka membuat permohonan Pulangan/Bayaran Balik.
Apakah perlu dibuat jika penjual masih inginkan barang yang tidak boleh dipulangkan kembali?
Pembeli tidak perlu menghantar barang yang tidak boleh dipulangkan kembali kepada penjual. Penjual boleh membuat rayuan kepada Khidmat Pelanggan atau pasukan Dispute kami untuk meminta pampasan dengan memberikan bukti yang sah.
Apakah tempoh masa tuntutan untuk pembeli membuat permohonan pulangan/bayaran balik untuk barang mudah rosak?
1. Shopee Supermarket
Shopee Supermarket membenarkan permohonan bayaran balik untuk barangan mudah rosak dalam tempoh 1 hari selepas penghantaran dan 2 hari dari tarikh status penjejakan pertama dikemas kini.
Sebarang permohonan yang dibuat selepas tempoh ini tidak akan dilayan kerana Shopee tidak akan dapat menilai keadaan barang tersebut. Rujuk di bawah untuk butiran lanjut:
Tempoh Masa Tuntutan | |
Barang Rosak/Salah | Dalam masa 1 hari dari tarikh penghantaran |
Hilang/Salah Penghantaran | Dalam tempoh 2 hari dari tarikh penyerahan kepada rakan logistik |
2. Produk mudah rosak yang lain (Bukan Shopee Supermarket)
Tempoh Masa Tuntutan | |
Barang Rosak/Salah/Tidak Berfungsi | Dalam masa 3 hari dari tarikh penghantaran |