Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Bagaimana Shopee menyelesaikan pertikaian?

English | Bahasa Malaysia

 

Shopee akan menyiasat kes pertikaian dan membuat penyelesaian secara adil berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pembeli dan penjual.

 

Siasatan pertikaian akan mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja dari tarikh pertikaian dibuat oleh salah satu pihak. Untuk kes pertikaian, pembeli dan penjual perlu menghantar bukti untuk membantu siasatan kami. Untuk mengetahui bukti efektif yang boleh anda hantar untuk kes pertikaian anda, rujuk di sini.

 

Bagaimanakah saya akan tahu jika kes pertikaian saya telah diselesaikan?

 

Apabila kes pertikaian anda telah mencapai kesimpulan, pasukan pertikaian kami akan memaklumkan pembeli dan penjual melalui emel tentang status kes itu.

 

Bayaran akan dibuat kepada pembeli jika permintaan untuk bayaran balik berjaya. Jika permintaan untuk bayaran balik gagal, tempoh Shopee Guarantee pesanan akan disambung semula dan penjual akan menerima bayaran sebaik sahaja Shopee Guarantee tamat.

 

💡 Tip: Penjual dan pembeli dinasihatkan untuk menjejaki kes pertikaian melalui emel sekiranya ejen pertikaian memerlukan penjelasan tentang bukti yang dikemukakan atau memerlukan bukti tambahan.

Was this article helpful?
Yes
No