Bahasa Malaysia | English
Anda tidak lagi boleh menjejak bungkusan pemulangan dengan memasukkan nombor penjejakan secara manual di laman web kurier. Sebaliknya, anda kini boleh menjejaknya terus dalam Aplikasi Shopee!

Langkah 1: Pada halaman utama aplikasi Shopee, klik tab Saya.
Langkah 2: Klik Sejarah Pembelian.
Langkah 3: Pergi ke tab Pemulangan/Pemulangan Wang dan pilih pesanan yang anda mohon untuk pemulangan/pemulangan wang.
Langkah 4: Klik butang Lihat Butiran.
Langkah 5: Semak butiran penjejakan bungkusan pemulangan anda.
💡 Tip: Dalam sesetengah kes, Shopee mungkin memberikan anda nombor penjejakan. Namun, anda tidak boleh menjejak bungkusan pemulangan dalam aplikasi Shopee jika:
Permintaan pemulangan/pemulangan wang anda telah dihantar, atau
Penghantaran dibuat secara self-arranged dengan perkhidmatan kurier pilihan anda.