Bahasa Malaysia | English
Ikuti langkah berikut untuk memulangkah produk Shopee Mall anda.
⚠️ Penting: Polisi Pemulangan Khas untuk Kedai Rasmi Terpilih
Sesetengah Kedai Rasmi mempunyai polisi pemulangan dan jaminan khusus jenama yang berbeza daripada polisi pulangan dan bayaran balik standard Shopee. Polisi ini biasanya dinyatakan dalam penerangan produk atau melalui pautan yang disediakan di luar aplikasi atau platform Shopee.
Jika polisi khusus jenama terpakai, proses pulangan dan bayaran balik Shopee akan diselaraskan mengikut keperluan jenama tersebut. Oleh itu, anda disarankan untuk menyemak dan memahami polisi pemulangan dan jaminan yang ditetapkan oleh jenama, selain daripada polisi Shopee.
Langkah 1: Mohon pulangan/bayaran balik melalui aplikasi Shopee.
Pergi ke 'Untuk Diterima' di bawah 'Pembelian Saya' melalui tab 'Saya' dan pilih pesanan dan tekan 'Pulangan/Bayaran Balik'.
Langkah 2: Isi maklumat dalam permohonan pulangan/bayaran balik
Masukkan maklumat dalam yang diperlukan bergantung kepada sebab permintaan pemulangan/bayaran balik. Anda perlu:
Langkah 3: Pilih Pilihan Penghantaran
Anda boleh memilih salah satu daripada ini: Drop off, Pick Up atau Self-Arrange.
Drop off
Pick Up
Self-Arrange
💡 Tip: Harap maklum bahawa untuk kaedah pemulangan ini, anda perlu menanggung kos penghantaran pemulangan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, anda boleh mengemukakan tuntutan kepada Shopee untuk mendapatkan bayaran balik kos penghantaran setelah pemulangan diproses. Jika pembeli memilih Self-Arrange, pembeli perlu memasukkan maklumat penghantaran seperti kurier yang digunakan, nombor penjejakan dan bukti foto penghantaran pemulangan.
Langkah 4: Bungkus produk anda dengan rapi
Sertakan semua hadiah percuma, alat ganti, tag asal dan aksesori yang disertakan bersama bungkusan asal.
Jika produk rosak semasa dalam perjalanan ke penjual disebabkan pembungkusan tidak mencukupi/rapi, penjual atau Shopee mungkin tidak akan dapat memberikan keputusan bayaran balik yang menggalakkan untuk pembeli.
💡 Tip: Masukkan ID Pemulangan atau ID Pesanan pada bungkusan atau pada label pemulangan untuk rujukan penjual.
⚠️ Nota penting: