English | Bahasa Malaysia
Beberapa unit barang yang sama dalam satu pesanan
Anda perlu menerima atau menolak semua barang yang sama apabila anda meminta bayaran balik. Kami mencadangkan untuk tekan pada pulangan/bayaran balik untuk semua barang dan menyediakan bukti yang berkaitan untuk proses tuntutan item yang rosak.
Walau bagaimanapun, oleh kerana hanya satu barang sahaja yang rosak, anda boleh melaraskan jumlah bayaran balik dengan sewajarnya untuk mencapai persetujuan dengan penjual.
Barang yang berbeza dalam satu pesanan
Anda boleh memilih untuk memulangkan produk tertentu yang rosak sahaja apabila anda meminta bayaran balik. Contoh boleh dilihat pada gambar di bawah:
Walau bagaimanapun, jika anda membeli beberapa unit untuk sesuatu barang tetapi hanya satu unit yang rosak, anda perlu memohon bayaran balik untuk keseluruhan barang tersebut.
Sebagai contoh:
💡 Tip: Untuk mengetahui bukti yang berkesan untuk permintaan pulangan/bayaran balik, klik di sini. Untuk bantuan lanjut, hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.