Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans Perjalanan - Polisi dan Tuntutan

English | Bahasa Malaysia

 

1. Dimanakah saya boleh lihat Sijil Perlindungan insurans?

Anda boleh lihat Sijil Perlindungan anda dalam aplikasi Shopee dengan mengikuti langkah berikut:

 

Langkah 1: Lancarkan aplikasi Shopee dan tekan tab ‘Saya’

Langkah 2: Pergi ke ‘Perkhidmatan Kewangan’ dan tekan ‘Insurans Saya’

Langkah 3: Pilih ‘Insurans Perjalanan’

Langkah 4: Tekan ‘Lihat E-polisi’

 

2. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan bagi Insurans Perjalanan?

 

i. Maklumkan Allianz dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Allianz mengenai sebarang tuntutan dalam tempoh masa 30 hari setelah pulang ke negara asal.

ii. Kemukakan Allianz semua dokumen yang diperlukan dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh tarikh kehilangan/kemalangan.

 

3. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan bagi Pembatalan Perjalanan (jika berkenaan)?

Anda boleh menuntut tambang perjalanan dan perbelanjaan penginapan yang telah dibayar jika perjalanan anda dibatalkan dalam kejadian yang dinyatakan di bawah polisi, Seksyen C(1)(a), walau bagaimanapun, syarikat insurans TIDAK akan membayar sebarang kerugian jika:

 

  • Polisi dibeli dan pembayaran premium dibuat kurang daripada tujuh (7) hari sebelum perjalanan individu yang diinsuranskan bermula; atau
  • Individu yang diinsuranskan membeli polisi dan membuat pembayaran premium selepas bermulanya bencana alam atau setelah pengumuman bencana alam atau selepas berlakunya mana-mana insiden lain di bawah peristiwa boleh dituntut;
  • Individu tang diinsuranskan membeli polisi dan membuat pembayaran premium sejurus selepas individu yang diinsuranskan mengalami kecederaan atau selepas individu yang iinsuranskan disahkan menghidap penyakit.

 

Rujuk polisi untuk terma dan syarat penuh.

 

4. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk tuntutan?

Senario

Dokumen Sokongan Tambahan Wajib*

Kemalangan Diri

Tuntutan berkaitan perubatan

 

1. Borang e-pembayaran yang telah dilengkapkan

2. Pas masuk atau jadual perjalanan

3. Laporan perubatan atau sijil kematian

4. Bil/resit perubatan asal

5. Nota kemasukan/keluar hospital

6. Tangkapan skrin status vaksinasi di bawah aplikasi MySejahtera

7. Sijil vaksinasi COVID-19

8. Salinan laporan perubatan atau laporan makmal yang menunjukkan diagnosis COVID-19 yang disahkan

Deposit atau Pembatalan Perjalanan

Sekatan Perjalanan

1. Borang e-pembayaran yang telah dilengkapkan

2. Pas masuk atau jadual perjalanan

3. Invois pembatalan dan bayaran balik yang perlu dibayar

4. Laporan perubatan/sijil kematian individu yang diinsuranskan atau ahli keluarga ahli keluarga individu yang diinsuranskan

5. Bukti talian antara individu yang diinsuranskan dan ahli keluarga individu yang diinsuranskan (cth: surat beranak, surat nikah)

6. Resit asal semua jumlah yang dituntut

7.Tangkapan skrin status vaksinasi di bawah aplikasi MySejahtera

8. Sijil vaksinasi COVID-19

9. Salinan laporan perubatan atau laporan makmal yang menunjukkan diagnosis COVID-19 yang disahkan

Kelewatan Perjalanan

Kelewatan Bagasi

 

1. Borang e-pembayaran yang telah dilengkapkan

2. Pas masuk atau jadual perjalanan

3. Pengesahan bertulis daripada pembekal pengangkutan mengenai tempoh kelewatan (dalam bilangan jam), tarikh dan masa berlepas yang sebenar dan sebab kelewatan/terlepas pelepasan/sambungan terlepas

Bagasi Peribadi atau Barang Peribadi

1. Borang e-pembayaran yang telah dilengkapkan

2. Pas masuk atau jadual perjalanan

3. Salinan laporan daripada pihak berkuasa berkaitan

4. Laporan tentang ketidakteraturan harta daripada pembekal pengangkutan harta daripada mengenai kelewatan penghantaran bagasi

5. Pengesahan bertulis daripada pembekal pengangkutan mengenai kehilangan bagasi

6. Resit asal untuk barang yang dituntut

Bencana Alam di Destinasi

1. Borang e-pembayaran yang telah dilengkapkan

2. Resit asal untuk perjalanan dan penginapan dibayar

3. Salinan tiket penerbangan

Kerosakan Peralatan Sukan

 

1. Borang e-pembayaran yang telah dilengkapkan

2. Pas masuk atau jadual perjalanan

3. Gambar peralatan yang rosak

4. Resit asal barang yang dituntut. Jika tidak ada, berikan penerangan tentang barang dengan tarikh pembelian dan harga

5. Jika barang dihantar untuk dibaiki, resit asal untuk kos pembaikan

6. Laporan polis

*Nota penting: Senarai ini tidak menyeluruh dan Allianz mempunyai hak untuk meminta sebarang dokumen sokongan tambahan yang diperlukan untuk menyokong tuntutan anda.

 

5. Bilakah saya perlu memberitahu Allianz tentang tuntutan?

Anda dinasihkan untuk mengemukakan semua tuntutan dalam tempoh masa 30 hari selepas pulang ke negara asal. Anda boleh lihat tuntutan di bawah ‘Insurans Perjalanan’.

 

6. Bolehkah saya mengemukakan pengesahan makmal atau laporan perubatan dari negara lain untuk tuntutan saya?

Ya, anda boleh berbuat demikian. Allianz berhak untuk meminta laporan perubatan lanjut daripada pengamal perubatan berdaftar tempatan (jika perlu).

 

7. Adakah saya perlu membuat bayaran lebihan jika saya membuat tuntutan?

Pembekal insurans akan membayar amaun tuntutan ATAU amaun manfaat penuh sehingga jumlah yang diinsuranskan jika tuntutan tersebut memenuhi terma dan syarat polisi (yang mana lebih rendah). Dalam erti kata lain, jika tuntutan anda melebihi jumlah yang diinsuranskan, anda mungkin perlu membuat bayaran lebihan tertakluk kepada terma dan syarat polisi.

Was this article helpful?
Yes
No