Bahasa Malaysia | English
1) Apakah itu 15 Hari Pemulangan Percuma - Ubah Fikiran?
15 Hari Pemulangan Percuma menawarkan Ubah Fikiran sebagai sebab untuk Pemulangan / Bayaran Balik yang membolehkan anda memulangkan produk yang layak tanpa Soal* dalam tempoh 15 Hari Shopee Guarantee 15 Hari.
2) Apakah itu Shopee Guarantee?
Shopee Guarantee melindungi pembeli dengan menahan pembayaran sementara kepada penjual sehingga mereka mengesahkan pesanan mereka telah dipenuhi dan memenuhi kepuasan mereka. Kira detik Shopee Guarantee bermula apabila status pesanan ditukar kepada ‘Dihantar’.
Rujuk sini untuk maklumat lanjut.
3) Apakah item yang layak untuk 15 Hari Pemulangan Percuma?
Fesyen, Gaya Hidup, Barangan Elektronik dan FMCG, kecuali:
- Barang mudah rosak
- Produk digital
- Produk terpilih dari kategori
- Produk kebersihan
Rujuk senarai produk yang tidak boleh dipulangkan di sini. 4) Bagaimana saya mengetahui item layak untuk 15 Hari Pemulangan Percuma - Ubah Fikiran?
- 15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal* di halaman butiran produk
- Produk dengan tanda Free Returns pada kad produk
Senarai produk tidak boleh dipulangkan adalah tidak layak untuk 15 Hari Pemulangan Percuma. 5) Bagaimana untuk memohon Pulangan / Bayaran Balik untuk 15 Hari Pemulangan Percuma dengan sebab Ubah Fikiran?
Langkah 1: Pilih tab "Untuk Terima" di bawah "Pembelian Saya" pada tab Saya
Langkah 2: Pilih pesanan yang anda ingin pulangkan
Langkah 3: Klik pada “Permohonan Pulangan / Bayaran Balik”
Langkah 4: Pilih “Saya telah menerima semua barang saya tetapi terdapat masalah”
Langkah 5: Pilih “Ubah Fikiran” sebagai sebab anda
Langkah 6: Klik butang “Sah”
6) Bagaimanakah untuk memastikan bahawa 15 Hari Pemulangan Percuma saya diterima?
- Label/tag/meterai asal tidak ditanggalkan
- Produk di bawah Kategori Elektronik hendaklah TIDAK DIBUKA (meterai tidak dikoyak, diusik atau diubah) dan dalam KEADAAN BOLEH DIPERJUALBELI (iaitu, Produk TIDAK mempunyai tanda-tanda: penggunaan, kesan barang dipakai sepeti haus, lusuh dan kemik atau sebarang kerosakan) untuk dianggap layak untuk pulangan Perubahan Fikiran.
- Produk dipulangkan dalam set/kuantiti lengkap
- Nombor siri tidak ditanggalkan
- Produk belum dipasang dan dinyahpasang (cth:’seal’ haba tidak ditanggalkan atau produk belum diasingkan)
- Produk tidak dikelaskan sebagai bahan berbahaya atau menggunakan cecair/gas mudah terbakar.
- Produk ini bukan produk khusus yang merangkumi:
- Kotak misteri, kotak jenama, kotak kejutan
- Produk tersuai atau dibuat mengikut pesanan
- Barangan maya (cth. e-baucar)
- Logam berharga (cth. emas, perak, dsb.)
- Permata berharga (cth. berlian, zamrud, dsb.)
- Bunga segar dan tumbuhan hidup
- Ia adalah produk yang Shopee anggap tidak boleh dikembalikan.
7) Adakah kos tambahan yang ditanggung semasa proses pemulangan?
Tiada kos tambahan akan dikenakan kepada pembeli. Kos penghantaran pemulangan akan ditanggung oleh Penjual.
8) Berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan bayaran balik saya?
Tempoh proses pemulangan / bayaran balik akan bergantung pada jenis kaedah pembayaran anda: - Pembayaran melalui kad kredit / debit akan dikreditkan ke kad yang sama dalam masa 7-14 hari bekerja.
- Pembayaran melalui perbankan dalam talian, ShopeePay dan pembayaran tunai di kedai runcit akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dalam masa 24 jam. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.
9) Bagaimanakah cara saya menghantar bungkusan saya untuk pemulangan?
Setelah permintaan pulangan anda diluluskan, anda dikehendaki untuk memulangkan barang tersebut kepada penjual dalam masa 5 hari. Anda boleh menghantar bungkusan anda melalui:
- Penyerahan ke mana-mana cawangan Pos Laju, J&T atau SPX Express ATAU
- Khidmat Kutipan melalui SPX Express, Flash Express atau J&T Cargo untuk barangan berat
Rujuk di sini untuk maklumat lanjut. 10) Bagaimana untuk menyemak status pemulangan saya? Di bawah tab “Untuk Terima”, pilih pesanan anda dan di bawah “maklumat penghantaran” anda boleh menyemak status pemulangan anda. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. 11) Bolehkah saya membatalkan permintaan selepas mengemukakan permintaan pemulangan?
Anda boleh membatalkan permintaan pulangan anda dengan mengklik butang “Batalkan Permintaan” di halaman tracking
12) Selain membuat pulangan, sebaliknya bolehkah saya menukar barang tersebut?
Hanya menerima permohonan pulangan . bayaran balik. Jika anda berminat untuk mendapatkan warna atau saiz lain, anda boleh membuat pesanan baharu selepas proses pemulangan selesai.
13) Bolehkan saya membuat permintaan pulangan / bayaran balik selepas memilih “Pesanan Diterima”?
Ya. Anda boleh mengemukakan permintaan pulangan / bayaran balik dalam tempoh Shopee Guarantee.