Pembayaran berurutan menyediakan sekurang-kurangnya 2 kaedah pembayaran untuk pengguna secara terus dalam pembayaran di Apple App Store, Google Play, Huawei App Gallery, Youtube Premium, dan halaman pembayaran Spotify. Jika kaedah pembayaran pertama yang dipilih tidak mempunyai baki atau had yang mencukupi, kaedah pembayaran kedua akan digunakan untuk percubaan transaksi.
Bagaimana untuk mengaktifkan Pembayaran Berurutan?
Langkah 1: Di halaman pengesahan, tukar jenis pembayaran kepada Pembayaran Berurutan
Langkah 2: Klik pada butang βOKβ apabila mesej muncul
Langkah 3: Klik pada toggle untuk mengaktifkan Pembayaran Berurutan
Langkah 4: Pilih butang βSahβ
π‘ Tip:
- Pastikan toggle untuk βBenarkan SPayLaterβ diaktifkan untuk transaksi pembayaran berurutan.
- Periksa jika anda telah mengaktifkan dan mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk pengaktifan SPayLater.
Bagaimana untuk menyesuaikan keutamaan kaedah pembayaran?
Langkah 1: Pergi ke halaman ShopeePay anda, klik pada butang tetapan
Langkah 2: Pilih Aplikasi/Perkhidmatan yang Dibenarkan
Langkah 3: Klik pada Keutamaan Kaedah Pembayaran
Langkah 4: Klik pada βEditβ
Langkah 5: Susun urutan kaedah pembayaran
Langkah 6: Klik pada βSimpanβ
β οΈ Nota:
- Rekod aplikasi berkaitan pembayaran tunggal yang sedia ada tidak akan terjejas oleh sebarang perubahan dalam keutamaan kaedah pembayaran.
- Beberapa peniaga mungkin tidak mempunyai penerimaan SPayLater atau pengaktifan pembayaran berurutan yang akan mengakibatkan kaedah pembayaran tunggal.
- Pengguna yang belum mengaktifkan SPayLater atau ditolak daripada menggunakan SPayLater tidak akan melihat pilihan untuk SPayLater sebagai kaedah pembayaran berurutan.
Bagaimana saya menyahaktifkan kaedah Pembayaran Berurutan?
Langkah 1: Pergi ke tab Peniaga dan pilih βPembayaran Berurutanβ
Langkah 2: Halaman jenis pembayaran akan dipaparkan
Langkah 3: Tekan pada toggle βGuna Kaedah Pembayaran Berurutanβ untuk menyahaktifkan Pembayaran Berurutan
Langkah 4: Pilih satu kaedah Pembayaran Tunggal yang ingin digunakan
Langkah 5: Kilk butang βSahβ
Langkah 6: Klik βSaya Bersutujuβ