Hi, how can we help?

[SPayLater] Mengapakah bayaran balik SPayLater saya tidak dikemaskini?

Bahasa Malaysia | English 
 
Senario 1: Sebelum klik butang 'Pesanan Diterima' 
 
Jika anda telah meminta pulangan/bayaran balik sebelum mengklik butang 'Pesanan Diterima', pesanan tidak akan ditagih atau dipaparkan dalam bil SPayLater anda.
 
Namun, jika anda telah meminta untuk pemulangan sebahagian bagi pesanan tertentu sebelum anda klik butang 'Pesanan Diterima', jumlah sebahagian akan dikreditkan ke had SPayLater anda. Baki yang tinggal untuk pesanan tersebut boleh dilihat dalam bil SPayLater anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
 
Langkah 1: Pergi ke tab 'Saya'
Langkah 2: Klik pada 'SPayLater' di bawah tab Wallet Saya
Langkah 3: Klik pada 'Transaksi Terkini'
Langkah 4: Pergi ke tab 'Semua'
Langkah 5: Cari pesanan yang dibeli dan klik padanya
Langkah 6: Lihat jumlah pesanan di halaman Butiran Transaksi di bawah Transaksi Bayaran Balik
Langkah 7: Klik pada Butiran Ansuran untuk tempoh ansuran dan status (Dibayar/Belum Dibayar)
 
Sebagai alternatif, anda boleh membandingkan jumlah yang ditagih dalam bil SPayLater anda dengan butiran pesanan pada halaman 'Pembelian Saya' dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
 
Langkah 1: Salin ID pesanan dari halaman 'Butiran Ansuran' anda
Langkah 2: Pergi ke halaman 'Pembelian Saya' dan tampalkan ID pesanan
Langkah 3: Bandingkan 'Jumlah Pesanan' dengan jumlah yang ditunjukkan pada halaman 'Butiran Ansuran'.
 
Senario 2: Selepas klik butang 'Pesanan Diterima' 
 
Jika permohonan pulangan/bayaran balik anda diluluskan selepas anda telah klik butang 'Pesanan Diterima', anda akan melihat penyesuaian bayaran balik dalam bil anda seperti berikut:
 
Jumlah Bayaran Balik = Jumlah keseluruhan pesanan yang anda mohon untuk bayaran balik
Jumlah Pelepasan = Yuran pemprosesan untuk pesanan yang dipulangkan
 
Why is my SPayLater refund not updated.gif
 
Untuk semak jumlah yang dipulangkan, sila ikuti langkah-langkah berikut: 
 
Langkah 1: Pergi ke tab 'Saya'
Langkah 2: Klik pada 'SPayLater' di bawah tab Wallet Saya
Langkah 3: Klik pada 'Bil Saya'
Langkah 4: Cari bil untuk pesanan yang dipulangkan
Langkah 5: Lihat Jumlah Bayaran Balik dan Jumlah Pelepasan pada halaman Butiran Bil
Langkah 6: Klik pada barang yang dipulangkan untuk menyalin 'ID Pesanan'
Langkah 7: Pergi ke halaman 'Pembelian Saya' dan tampalkan 'ID Pesanan'
Langkah 8: Bandingkan 'Jumlah Pesanan' dengan jumlah yang ditunjukkan pada halaman 'Butiran Ansuran'.
 
Jika anda mengalami sebarang masalah dengan permintaan pemulangan wang balik anda, sila hubungi kami melalui saluran hubungan yang tersenarai di bahagian bawah halaman.
 
SPayLater adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Was this article helpful?
Yes
No