Jika pembeli enggan membuat pembayaran untuk bungkusan mereka, item tersebut akan dikembalikan kepada penjual. Walau bagaimanapun, banyak pesanan yang gagal dibayar oleh pembeli boleh menyebabkan pembeli tersebut dihalang secara kekal daripada membuat pesanan Bayar Waktu Terima (COD) pada masa hadapan.
Untuk mengelakkan penangguhan pilihan pembayaran, kami mengesyorkan agar anda membuat pembayaran untuk bungkusan tersebut dan kemudian mengemukakan permohonan Pulangann/Bayaran Balik (dengan syarat item anda layak untuk Pulangan/Bayaran Balik, seperti yang diterangkan dalam artikel Pusat Bantuan berikut: Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pulangan/bayaran balik?). Untuk maklumat lanjut mengenai Bayar Waktu Terima (COD), sila rujuk kepada artikel-artikel di bawah: Untuk bantuan selanjutnya, sila hubungi kami melalui saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini.