1. Apakah Baucar Jaminan Tepat Waktu? Baucar Jaminan Tepat Waktu yang ditetapkan adalah baucar rebat untuk anda menuntut jika anda menerima pesanan anda lewat daripada Tarikh Jaminan Tepat Waktu. Anda boleh merujuk kepada artikel Pusat Bantuan Bagaimanakah saya boleh menuntut Baucar Jaminan Tepat Waktu?dankempen Jaminan Tepat Waktu untuk maklumat lanjut. 2. Bagaimanakah saya boleh menyemak Tarikh Jaminan Tepat Waktu pesanan saya? Pembeli boleh menyemak Tarikh Jaminan Tepat Waktu di Laman Semak Keluar, dan Laman Butiran Pesanan. Ketahui cara untuk mencari laman-laman ini melalui artikel Pusat Bantuan Apakah Jaminan Tepat Waktu?. 3. Bagaimanakah saya tahu jika pesanan saya layak untuk baucar Jaminan Tepat Waktu? Langkah 1: Pergi ke tab Saya Langkah 2: Klik Untuk Diterima di bawah Pembelian Saya Langkah 3: Pilih pesanan anda Langkah 4: Lihat Tarikh Jaminan Tepat Waktu di bawah seksyen Tarikh Penghantaran Anggaran Pembeli layak untuk menuntut baucar Jaminan Tepat Waktu apabila pesanan itu dihantar lepas Tarikh Jaminan Tepat Waktu. 4. Mengapakah beberapa pesanan tidak termasuk dalam Jaminan Tepat Waktu? Jaminan Tepat Waktu tidak termasuk untuk Logistik Bukan Disokong Shopee (Non-SSL) seperti penghantaran milik penjual atau pembekal logistik lain. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Logistik Bukan Disokong Shopee. 5. Mengapakah saya tidak dapat melihat dan menuntut baucar Jaminan Tepat Waktu walaupun pesanan saya lewat? Pesanan Lewat bermaksud penghantaran pertama pesanan tidak dilakukan pada hari yang tepat bagi Tarikh Tarikh Jaminan Tepat Waktu. Shopee tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau isu penghantaran pertama dalam pesanan anda yang termasuk:
Pembeli klik Pesanan Diterima sebelum pesanan memenuhi Tarikh Jaminan Tepat Waktu
Pembeli tidak menuntut baucar dalam tempoh tuntutan baucar
Pesanan yang telah dibatalkan atau dikemukakan untuk permohonan Pulangan/Bayaran Balik
Sebab-sebab lain yang berkaitan dengan pembeli termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
Isu berkaitan alamat penghantaran - Alamat tidak tepat/penerima tiada di lokasi penghantaran/pertukaran alamat penghantaran atau titik pengambilan
Penerima tidak dapat dihubungi - Maklumat hubungan tidak tepat atau penerima tidak dapat dihubungi
Penerima telah meminta untuk menjadualkan semula penghantaran
Isu pembayaran COD
Keadaan cuaca buruk atau bencana alam
Jika senario di atas tidak berlaku dalam situasi anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui saluran di bawah untuk bantuan lanjut. 6. Bilakah saya boleh menuntut baucar Jaminan Tepat Waktu? Butang Tuntut akan muncul pada Laman Butiran Pesanan pada hari berikutnya selepas Tarikh Penghantaran Anggaran antara 00:00-03:00 (GMT+8) untuk tuntutan sehingga anda mengklik butang Pesanan Diterima. Terdapat tambahan 3 hari dari masa anda mengklik Pesanan Diterima untuk menuntut baucar. Jika anda tidak mengklik butang Pesanan Diterima, pesanan akan dilengkapkan secara automatik selepas Tempoh Jaminan Shopee anda berakhir. Anda kemudian mempunyai tambahan 3 hari untuk menuntut selepas penyelesaian automatik. 7. Apakah terma dan syarat untuk menggunakan baucar Jaminan Tepat Waktu? Syarat-syarat baucar Jaminan Tepat Waktu mengikut Terma yang disediakan pada baucar Shopee tersebut. 8. Bilakah saya boleh menggunakan baucar Jaminan Tepat Waktu? Baucar Jaminan Tepat Waktu hanya sah selama 7 hari dari tarikh tuntutan. Sila rujuk Terma dan Syarat baucar untuk maklumat lanjut mengenai baucar. 9. Apakah item yang tidak layak untuk baucar Jaminan Tepat Waktu?