📱 Nota Penting:
Anda hanya boleh log masuk ke aplikasi Shopee Malaysia menggunakan nombor telefon dan peranti mudah alih tempatan.
💡 Cara Menukar Nombor Telefon Anda (Langkah Layan Diri)
Ikuti langkah-langkah ini untuk mengemaskini nombor telefon anda dalam aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Pilih ikon Tetapan ⚙️
Langkah 3: Klik Akaun & Keselamatan
Langkah 4: Pilih Telefon
Langkah 5: Masukkan Nombor Telefon Baharu anda
Langkah 6: Klik Seterusnya
Langkah 7: Pilih Kaedah Pengesahan (Whatsapp, SMS atau Panggilan)
Langkah 8: Masukkan Kod Pengesahan yang dihantar ke nombor telefon baharu anda
Langkah 9: Klik Seterusnya
1. Baki ShopeePay Belum Dikeluarkan
2. Baki SPayLater Masih Tertunggak
Langkah 1: Pergi ke halaman utama SPayLater
Langkah 2: Tekan Bayar Bil
Langkah 3: Pilih Kaedah Pembayaran pilihan anda
Langkah 4: Tekan Bayar Sekarang untuk selesaikan bayaran
3. Pesanan Aktif
4. Transaksi Sedang Berjalan (contohnya bayaran atau pemulangan wang)
Langkah 1: Dari Aplikasi Shopee, klik tab Saya dan kemudian klik Pembelian Saya
Langkah 2: Cari pesanan anda di bawah tab Pemulangan/Pulangan Wang
Langkah 3: Pilih pesanan dengan klik pada Lihat Butiran
Langkah 4: Anda akan dapat lihat status permintaan Pemulangan/Pulangan Wang anda di halaman ini
Untuk menuntut semula nombor anda:
Langkah 1: Di halaman Nombor Telefon Berdaftar, klik Tidak, Pautkan Telefon ke Akaun Semasa Saya
Langkah 2: Klik pada Hantar ke WhatsApp atau pilih kaedah lain untuk pengesahan melalui Panggilan/SMS
Langkah 3: Masukkan Kod Pengesahan yang dihantar ke nombor telefon anda
Langkah 4: Mesej Pop-Up akan dipaparkan menunjukkan anda telah berjaya menuntut semula nombor telefon dan ia kini dipautkan ke akaun semasa anda
💡 Tip:
Kami mengesyorkan anda menetapkan kata laluan dan pautkan e-mel anda untuk pilihan log masuk dan pemulihan yang lebih selamat. Pastikan kata laluan dan e-mel anda sentiasa dikemaskini untuk elak sebarang masalah akses di masa hadapan.
Jika anda tidak dapat menukar nombor telefon melalui langkah layan diri, jangan risau!
Isi sahaja Borang Permohonan Tukar Nombor Telefon Mudah Alih kami, dan pasukan kami akan bantu anda dengan segera.
Untuk membantu kami proses permohonan anda dengan lancar, sila pilih sebab yang paling sesuai dengan situasi anda:
Sebab | Penjelasan |
Nombor telefon baharu sudah berdaftar | Nombor anda mungkin telah dikitar semula oleh penyedia perkhidmatan. |
Tidak dapat melengkapkan pengesahan | Nombor semasa anda mungkin tidak aktif atau tidak dapat menerima kod pengesahan. |
📌 Apa Yang Perlu Disediakan:
Perlu Bantuan Lanjut?
Jika anda masih perlukan bantuan, sila hubungi kami melalui pilihan Hubungi Kami di bahagian bawah halaman ini. Kami sentiasa sedia membantu anda!