Hi, how can we help?

[Nasihat Berkaitan Penipuan] Bagaimanakah cara untuk melaporkan penipuan atau aktiviti yang mencurigakan?

BM | EN | CN
 

⚠️ Peringatan Penting
Apabila melaporkan kes penipuan, sila sertakan:

  • Nombor telefon anda
  • Tarikh dan masa kejadian

Maklumat ini akan membantu kami memproses laporan anda dengan lebih efektif.


Keutamaan kami adalah untuk memastikan keselamatan akaun anda. 

 
Sekiranya anda menghadapi mana-mana daripada situasi berikut, hubungi kami dengan segera untuk melaporkan:
 
  • Pihak ketiga yang tidak dikenali mengaku bahawa mereka berkaitan dengan Shopee menghubungi anda.
  • Nombor yang tidak dikenali menawarkan pekerjaan separuh masa melalui mesej teks atau WhatsApp.
  • Individu yang tidak dikenali meminta butiran sensitif melalui pautan dalam teks atau WhatsApp.
  • Penjual Shopee mengarahkan anda untuk melakukan transaksi di saluran luar laman shopee (kod QR, e-wallet, pemindahan langsung dan lain-lain).
  • Anda mendedahkan kod OTP anda kepada pihak yang tidak dikenali.
  • Anda telah diperdaya untuk menghantar wang kepada pihak ketiga.
 
Sekiranya anda menghadapi aktiviti dalam talian yang mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan, laporkan dengan segera ke stesen polis terdekat atau melalui:
 
  • Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) (8:00 pagi hingga 8:00 malam) dengan memanggil 997 untuk melaporkan kes penipuan atau rujuk kepada laman web NSRC untuk maklumat lanjut
 
  • SEMAKMULE ialah laman PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah perdagangan
 
  • CCID Infoline (8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam), saluran WhatsApp PDRM untuk menyemak status laporan polis dan mengemukakan maklumat tentang kes jenayah perdagangan: 013-211 1222
 
  • Pusat Respons Scam CCID (8:00 pagi hingga 8:00 malam), talian hotline maklumat PDRM untuk mengemukakan maklumat atau mendapatkan maklumat tentang penipuan dalam talian: 03-26101559 / 03-26101599
 
⚠️ Nota:


Sekiranya anda menemui penjual yang menawarkan produk mencurigakan atau menerima pautan mencurigakan melalui e-mel, SMS, atau WhatsApp, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini, dan kami akan menyiasat perkara tersebut dengan segera.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied