Tambah Nilai ShopeePay Anda dengan Perbankan Dalam Talian & Dapatkan Pulangan Tunai RM5
Untuk menyertai Kempen Tambah Nilai ShopeePay dengan Perbankan Dalam Talian, anda hanya perlu membuat tambah nilai minimum sebanyak RM30 melalui Kaedah Pembayaran Perbankan Dalam Talian sahaja untuk melayakkan diri menerima Pulangan Tunai RM5.
Cepat! Kempen ini hanya sah dari 24 Disember 2024, 00:00:00 hingga 31 Disember 2024, 23:59:59. Dengan tambah nilai minimum sebanyak RM30 menggunakan Perbankan Dalam Talian, anda akan menerima satu (1) ganjaran pulangan tunai sepanjang Tempoh Kempen.
Ganjaran pulangan tunai akan berbentuk kredit ShopeePay dan akan dikreditkan secara automatik ke dompet ShopeePay anda.
⚠️ Nota:
Setiap pengguna hanya layak menebus satu (1) kali sepanjang tempoh kempen.
Kempen ini hanya terbuka kepada pengguna yang telah berjaya mengaktifkan dan mengesahkan akaun ShopeePay mereka.
📝 Terma & Syarat:
Sekiranya berlaku kegagalan menerima ganjaran pulangan tunai atas apa-apa sebab, ShopeePay berhak untuk tidak memenuhi Kempen tersebut dan ganjaran pulangan tunai akan dianggap terbatal. ShopeePay tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan atau kerosakan lain yang timbul daripadanya.
ShopeePay berhak untuk menahan atau membatalkan sebarang ganjaran, mengubah, melanjutkan atau menamatkan Kempen, atau meminda Terma dan Syarat mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal atau memberikan sebarang alasan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang secara langsung atau tidak langsung timbul daripada Kempen, keputusan ShopeePay adalah muktamad.
Ganjaran pulangan tunai akan terhad kepada 2,000 Pengguna Layak pertama setiap hari dan 16,000 Pengguna Layak sepanjang Tempoh Kempen (Kuota Kempen).
Ganjaran pulangan tunai tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau bentuk kredit lain.