Permintaan Sedang Disemak: Apa Maksudnya?
Apabila status permintaan pemulangan/bayaran balik anda dipaparkan sebagai Permintaan Sedang Disemak, ini bermakna Shopee sedang menyiasat kes anda. Setelah semakan selesai, status akan dikemas kini. Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi Shopee dan e-mel.
Nota: Anda hanya akan menerima notifikasi melalui e-mel jika alamat e-mel anda telah dikemas kini dalam akaun Shopee anda.
Apa yang Perlu Anda Lakukan?
Bergantung kepada jenis kes anda, kami mungkin akan meminta anda untuk memberikan bukti tambahan bagi membantu mempercepatkan proses semakan.
👉 Klik di sini untuk melihat jenis bukti yang baik untuk permintaan pemulangan/bayaran balik anda.
⚠️ Nota: - Anda perlu menyediakan bukti yang diperlukan dalam masa 2 hari supaya kami dapat meneruskan semakan. Pastikan bukti yang anda berikan berkualiti tinggi dan jelas kelihatan.
- Jika bukti yang diberikan berkualiti rendah, Shopee akan membuat penilaian berdasarkan bukti yang diberikan.