Bahasa Malaysia | English
Anda boleh membuat permohonan Pemulangan/Pemulangan Wang untuk Bungkusan Tidak Dihantar bagi pesanan yang tersangkut, salah penghantaran atau dikembalikan kepada penghantar. Sekiranya status penjejakkan logistik di aplikasi Shopee anda menunjukkan "Bungkusan telah dihantar" tetapi anda tidak menerima bungkusan tersebut, anda juga boleh membuat Pemulangan/Pemulangan Wang di bawah kod sebab ini.
Bungkusan Bermasalah
Jika status bungkusan anda jatuh di bawah salah satu status ini, ia dianggap sebagai Bungkusan Bermasalah:
Hilang
Bungkusan Tidak Dapat Dikesan
Rosak Semasa Penghantaran
Bungkusan Bermasalah
Bungkusan Rosak
Bungkusan telah dilupuskan
Bungkusan Dilupuskan
Contoh kes yang berada di bawah status bermasalah
Dikembalikan Kepada Penghantar
Jika status bungkusan anda menunjukkan bungkusan sedang dikembalikan kepada penghantar
Contoh status logistik menunjukkan bungkusan sedang dikembalikan kepada penghantar
Bungkusan Tersangkut
Jika status logistik bungkusan anda menunjukkan status yang sama berkali-kali dan untuk tempoh masa yang lama.
Penghantaran Tidak Tepat
Jika bungkusan anda telah dihantar ke alamat yang salah
⚠️ Bukti yang diperlukan:
Untuk bungkusan yang dihantar ke alamat yang salah atau ditandakan sebagai "telah dihantar" dalam status penjejakan, sila berikan kami gambar-gambar premis anda yang menunjukkan nombor unit.
💡 Garis Panduan untuk Bukti:
Saiz fail: 10 MB/gambar, 30 MB/video (sehingga 1 minit)
Bukti yang jelas dan berkualiti (gambar dekat sekiranya terdapat kerosakkan barang)
Bukti video disyorkan untuk pemulangan produk yang rosak
Sertakan sejarah rundingan dengan penjual, jika berkenaan