Hi, how can we help?

[Pulangan Shopee Mall] Saya menerima barang palsu dari penjual Shopee Mall, bagaimana cara untuk membuat tuntutan 8x ganti rugi?

Bahasa Malaysia | English

 

Jika anda menerima barang palsu dari penjual di Shopee Mall, anda boleh menuntut sehingga 8 kali ganti rugi dari jumlah yang anda bayar untuk produk tersebut, mengikut terma Polisi Jaminan Wang Balik 8X Shopee Mall di sini.

Untuk membuat tuntutan, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

 

1. Buat permohonan pulangan di Shopee untuk pesanan anda.

2. Pilih alasan "Saya menerima produk palsu".

3. Di bahagian Penerangan Pulangan Bayaran Balik, nyatakan mengapa anda menganggap ia palsu.

Berikut adalah contoh bukti yang boleh diterima untuk diberikan bagi menyokong permohonan Pulangan Bayaran Balik atas alasan barang palsu. Pada masa yang sama, kami akan meminta bukti dari penjual untuk membuat penilaian.

 

 

Pembeli

Penjual

Bukti yang diperlukan

 

Gambar/video yang menggambarkan tuntutan palsu melalui:

· Bukti produk palsu (contohnya rakaman skrin kod QR/pendaftaran ID produk di laman web rasmi produk yang mengesahkan keaslian produk)

· Perbandingan antara produk asli dan produk yang diterima

· Pembungkusan produk yang diterima berbeza daripada pembungkusan produk asli (namun ia juga berkemungkinan disebabkan oleh pembungkusan baharu)

· Sijil kebenaran pengedaran atau pendaftaran jenama, dengan nama penjual/nama kedai yang jelas

· Invois jualan/cukai dari pengeluar atau pengedar sah

· Salinan sah cap dagangan/paten/pendaftaran jenama

· Nama syarikat penjual/penerbit/pengedar muncul di laman web rasmi jenama

 

 

4. Klik hantar.

5. Pilih kurier pilihan anda.

6. Hantar barang tersebut kembali kepada kami.

  • (Pemulangan Percuma - Maks 70KG) J&T Express (saluran penghantaran pilihan) - Kod bar akan dijana dalam aplikasi Shopee untuk diimbas semasa penghantaran. Kakitangan cawangan J&T akan mencetak AWB selepas mengimbas kod bar pada aplikasi pembeli.
  • (Pemulangan Percuma - Maks 30KG) Poslaju - Pembeli boleh memilih untuk memuat turun Return Airway Bill (RAWB) melalui aplikasi atau menghantarnya ke e-mel untuk dicetak. Pembeli perlu melampirkan RAWB pada bungkusan, kemudian menghantar bungkusan di mana-mana cawangan Poslaju secara percuma.
  • (Pemulangan Percuma - Min 20KG) J&T Cargo- Nombor penjejakan dan label pemulangan akan dijana sama ada ke e-mel anda atau melalui aplikasi Shopee. J&T Cargo akan mengutip bungkusan dari alamat pengambilan pembeli pada waktu pengambilan yang dipilih.
  • Pembeli Atur Sendiri - Pembeli boleh menghantar bungkusan pemulangan di 3PL pilihan mereka dan "masukkan maklumat penghantaran" dengan 3PL yang digunakan, nombor penjejakan dan bukti foto penghantaran pemulangan. Pembeli perlu menanggung sendiri kos penghantaran pemulangan.

 

7. Pasukan Pemulangan Shopee akan menilai dan mengesahkan produk tersebut.

8. Sebaik sahaja siasatan kami menunjukkan bahawa produk tersebut memang palsu, kami akan mengkreditkan jumlah yang anda bayar untuk pesanan ke dalam Shopee Wallet anda.

9. Kami akan memulangkan 7 kali ganda lagi jumlah pesanan anda melalui Pindahan Bank manual dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh keputusan dikeluarkan.

10. Kemaskini Akaun Bank anda di Shopee untuk kami dapat melaksanakan pembayaran!

 

Panduan bergambar tentang cara memohon pulangan wang dikongsi melalui artikel ini "Bilakah saya boleh memohon Pulangan/Bayaran Balik dan bagaimana caranya?".

 

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang "Bagaimanakah cara untuk memulangkan produk Shopee Mall?".


Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini.


Was this article helpful?
Yes
No