Hai! 👋 Nak kongsi imej atau video dalam Chat bersama Penjual? Mudah sahaja! Ikuti langkah-langkah ini:
Menghantar Imej atau Video yang Disimpan
Untuk berkongsi media dari telefon anda dalam chat dengan penjual:
- Buka chat dengan penjual.
- Tekan + > Galeri.
- Pilih imej atau video yang ingin dihantar.
- Tekan Seterusnya > Hantar.

Mengambil Imej atau Video Baru
Untuk mengambil dan menghantar foto atau video terus dalam chat dengan penjual:
- Buka chat dengan penjual.
- Tekan + > Kamera.
- Pilih mod Foto atau Video.
- Ambil imej atau video, kemudian tekan Hantar.

⚠️Nota
- Video mesti bersaiz di bawah 30MB.
- Tempoh video mesti antara 1 hingga 180 saat (3 minit).
- Apabila menggunakan Galeri, anda boleh menghantar maksimum 9 fail (imej atau video) dalam satu masa.